Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Jumlah Pekerja Asing Diumum...

JOHOR BAHRU - Jumlah pekerja asing terutamanya dalam sektor pembinaan dan perladangan di...

Krisis Makanan Global Akan...

GENEVA – Ketua Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Ngozi Okonjo-Iweala memberi amaran bahawa krisis...

Polis Serbu Kedai Serbaneka...

MIRI - Polis menyerbu kedai serbaneka 24 jam di beberapa lokasi di Sarawak...

Model Vegan Tarik Diri,...

GARA-GARA berpegang teguh kepada prinsip hanya makan makanan berasaskan sayur-sayuran, seorang model dari...

63,000 Warga Asing Disekat Masuk Ke Malaysia

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menyekat kemasukan kira-kira 63,000 warga asing ke negara ini atas beberapa kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/1963 termasuk mereka yang mempunyai rekod jenayah dan telah disenaraihitam sejak 1 Jan tahun ini.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mustafar Ali berkata tiada jaminan bahawa warga asing yang telah mendapat eVisa dan eEntri melalui talian boleh terus masuk ke negara ini kerana tapisan dan semakan turut dibuat di semua 137 pintu masuk darat, air dan udara negara.

“Saya ingin jelaskan eVisa yang dikeluarkan oleh Imigresen dan vendor yang terlibat dalam aspek mentadbir urus eVisa dan eEntri bukan syarat mendatori atau membolehkan mereka masuk begitu sahaja.

“Kita (JIM) teliti juga sama ada mereka itu telah disenarihitam atau ada rekod jenayah dan sebagainya, maka di pintu masuklah kita akan membuat tindakan Menolak Kemasukan (Not To Land – NTL),” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata mereka yang dikenakan tindakan NTL akan diarahkan kembali semua ke negara asal apabila tiba di pintu masuk negara.

Menurutnya, pihak JIM turut bekerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk berkongsi maklumat perisikan melibatkan warga asing yang mempunyai rekod jenayah ataupun terbabit dalam sebarang kegiatan keganasan yang boleh mengancam keselamatan negara.

“Melalui sistem yang kita ada sekarang, kita boleh lihat mereka yang mempunyai rekod senaraihitam dan bermacam sebab seperti guna pas lawatan sosial tapi masuk ke Malaysia untuk bekerja,” katanya.


Pada 15 Nov lalu pihak PDRM memaklumkan tentang kelemahan dalam sistem eVisa di JIM yang menyebabkan mereka yang disenaraihitam dan dengan rekod jenayah turut diberi kelulusan masuk ke negara ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata kelemahan itu memberi ancaman besar kepada negara dan pihaknya akan mengambil tindakan susulan berhubung pendedahan sebuah akhbar tempatan semalam.

Dalam pada itu Mustafar berkata sejak 1 Jan hingga hari ini seramai 45,000 Pendatang Asing Tanda Izin (PATI) telah ditahan kerana pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen. – BERNAMA

Kategori