Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

4 Langkah Perkukuh PRE...

KUALA LUMPUR - Kerajaan hari ini mengumumkan empat langkah bagi memperkukuhkan Pakej Rangsangan...

Venue SUKMA Perak Siap...

PARIT BUNTAR - Semua venue untuk Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 di Perak...

Pelari Terdedah Alat Sulit...

MINGGU lepas, acara tahun London Marathon telah diadakan dan mendapat sambutan hangat. Namun selepas...

Awie Bakal Filemkan Kisah...

PENYANYI Awie dan Erra Fazira pernah mempunyai sejarah percintaan ketika di zaman kegemilangan...

9 Penagih Dadah Ditahan Di Tasek Gelugor

KEPALA BATAS – Polis menahan sembilan lelaki yang merupakan penagih dadah di lokasi mereka menghisap dadah di Kampung Tok Bedu, Tasek Gelugor di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata polis menjalankan Op Tapis Khas bermula pukul 11 pagi hingga 6 petang semalam sebelum menahan sembilan lelaki berusia 20 hingga 50 tahun itu.

“Mereka yang ditahan kebanyakannya adalah penganggur dan semasa serbuan ada yang cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran polis, namun mereka berjaya ditahan kerana kami terlebih dahulu mengepung kawasan berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata hasil pemeriksaan di lokasi mereka menghisap dadah itu, polis merampas heroin seberat 3.1 gram serta syabu (0.7 gram) bernilai RM220 dan ujian air kencing mendapati sembilan lelaki berkenaan positif dadah.

Katanya seorang daripada mereka yang ditahan itu merupakan pengedar dadah dan kebanyakan penagih di situ mendapatkan bahan terlarang berkenaan daripadanya.

Dalam kes berasingan, Noorzainy berkata polis menahan seorang lelaki berusia 25 tahun yang juga pengedar dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Bandar Putra Bertam, di sini kira-kira pukul 9 malam tadi.


“Bertindak hasil maklumat dan risikan sejak dua minggu lepas, polis menyerbu rumah lelaki itu dan pemeriksaan menemui syabu seberat 55 gram bernilai kira-kira RM9,000,” katanya.

Beliau berkata siasatan mendapati lelaki itu mendapatkan bekalan dadah daripada sindiket sebelum membungkusnya semula dan menjual kepada pembeli di sekitar kawasan Tasek Gelugor dan Kepala Batas sejak beberapa bulan lepas.

Beliau berkata lelaki yang tidak bekerja itu kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan dan kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

Kategori