Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Kiyai ‘Sesat’ Indonesia Nikahkan...

Sesat lagi menyesatkan - itu konklusi yang boleh diberikan terhadap seorang 'kiyai' negara...

‘Baru 2 Tahun, Ada...

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia dua tahun menjadi topik perbualan hangat di media sosial di...

Rasuah: Empat Pembalak Haram...

KUCHING - Empat orang pembalak haram masing-masing hari ini dipenjara sehari dan didenda...

Doan Ke Malaysia Sebulan...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu wanita warga Vietnam,...

Ada Rancangan Guling PM – Khairuddin

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Komunikasi dan Mobiliti Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendakwa wujud rancangan menggulingkan Tun Dr Mahathir Mohamad daripada jawatan Perdana Menteri.

Beliau mendakwa, langkah itu dirancang oleh ‘puak’ yang tidak bertanggungjawab dan kecewa kerana tidak mendapat jawatan.

“Saya dapat menghidu tindakan tidak bertanggungjawab puak-puak yang kecewa tidak dapat jawatan yang sedang berusaha untuk menjatuhkan Dr Mahathir selaku Perdana Menteri.

“Namun, puak-puak ‘tahi kucing’ ini terlalu kerdil bagi saya. Bukan niat saya untuk bersikap angkuh tetapi kalangan ini boleh dilipat-lipat masuk dalam kocek seluar saja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan Khairuddin itu dipercayai ditujukan kepada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kedah, Datuk Johari Abdul yang sebelum ini mengkritik Perdana Menteri seperti tidak tahu berbuat apa-apa dan hanya menghabiskan masa ke luar negara selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.


Mengulas lanjut, Khairuddin berkata, Perdana Menteri bertungkus-lumus membangunkan semula negara yang dirosakkan kerajaan kleptokrasi dan memerlukan sokongan padu daripada semua pihak. – BH ONLINE

Kategori