Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Ibu Tunggal Kesal Permohonan...

KUALA NERANG - Seorang ibu tunggal bukan sahaja kehilangan harta benda akibat kebakaran...

Anwar Perlu Dibebaskan Untuk...

KUALA LUMPUR - Banduan Penjara Sungai Buloh, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu dibebaskan...

Maradona Nafi Kritik Lionel...

MADRID - Diego Maradona berkata, dia sayang Lionel Messi dan menyatakan adalah tidak...

Kekal 3 Exco PAS...

KEPUTUSAN  Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk mengekalkan exco PAS...

Agenda Sebalik Instaseleb Iran Tayang Hidup Mewah

ANAK-ANAK pegawai kanan kerajaan dan ahli politik di Iran sudah lama mendapat perhatian dan ikutan ramai di media sosial untuk melihat gaya hidup mewah mereka.

Akaun-akaun seperti The Rich Kids of Tehran dan pelbagai akaun selebriti Instagram mempunyai pengikut berpuluh ribu termasuk dari Barat.

Salah seorang yang dikenali ini, anak kepada seorang bekas duta Iran, menjadi tumpuan dan pada masa yang sama mencetuskan kemarahan.

Sasha “Sash” Sobhani baru-baru ini mencetus keberangan apabila menunjuk kekayaan dan menghina mereka yang marah.

“Berapa lama anda boleh iri hati dengan saya? Kalau anda tidak boleh buat duit dan tak boleh hidup, pergi matilah. Noktah,” dia mencatat di Instagram.

Hantaran itu kemudian dipadam, tetapi telah dirakam gambarnya dan disebar di Youtube.

Pada masa sekatan Amerika Syarikat menyebabkan ramai berdepan kesukaran hidup, golongan satu peratus rakyat Iran ini semakin dibenci.

Salah seorang daripada mereka, Reza Derakhshani, 33 tahun, yang sedang belajar untuk mendapatkan PhD.

“Saya rasa sangat marah bila melihat orang seperti Sasha Sobhani dan orang seperti dia yang menjadi kaya kerana bapa mereka,” katanya.

Katanya, dia sendiri berjuang setiap hari untuk meneruskan hidup, terutama apabila harga barangan keperluan mula naik harga akibat sekatan.


Perbezaan ini terus membara dalam kalangan rakyat Iran yang melihat apa yang berlaku ini dengan kecewa.

Seorang akademik, Amanallah Qarai Moghadam berkata kekecewaan telah menjadi salah satu faktor yang mendorong protes yang sedang berlaku di seluruh negara.

Tetapi, bapa Sash, Ahmad Sobhani sendiri tidak bersetuju dengan anaknya, dan secara terbuka telah berkata beliau cuba mendesak anaknya itu supaya tidak meneruskan gaya hidupnya yang mewah tetapi tidak berjaya.

Bagaimanapun, ada yang melihat kemungkinan ada agenda lain di sebalik ini semua.

Albert Boghzian, pakar ekonomi berjawatan profesor di Universiti Tehran menimbulkan persoalan, kenapa terlalu banyak tumpuan diberi pada anak-anak ini?

“Golongan korup sudah lama ada di negara ini,” katanya.

Katanya, mereka ini dipergunakan oleh Barat untuk melaga-lagakan rakyat Iran ekoran masalah ekonomi yang dihadapi.

Tambahnya lagi, ini menaikkan lagi kemarahan orang ramai, dan merupakan satu perang psikologi terhadap Iran.

“Saya rasa orang ramai perlu lebih berhati-hati (dengan agenda asing), walaupun mereka memang tidak bersetuju dengan jurang pendapatan yang wujud.” – MEE

Kategori