Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Cuma Sebiji Strawberi, Pelanggan...

SIAPA sangka, hanya kerana sebiji strawberi, seorang lelaki dan ibunya terpaksa berhadapan detik...

Muhyiddin, Mukhriz, Shafie Tidak...

PUTRAJAYA - Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menegaskan bekas tiga Pengerusi UMNO Negeri...

Curi Pakaian Di Kompleks...

KUALA LUMPUR - Gara-gara mencuri pelbagai pakaian di sebuah kompleks beli-belah, seorang penganggur...

Mahathir Mahu Majoriti 2/3...

KENAPA Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika ini beria-ia mahu sangat Pakatan Harapan (PH)...

Ahli Perniagaan Ditipu RM6.7 Juta Oleh Sindiket Macau Scam

KOTA BHARU – Seorang ahli perniagaan berusia dalam lingkungan 70-an dari Kuala Krai, kerugian sebanyak RM6.7 juta selepas menjadi mangsa sindiket penipuan “Macau Scam”.

Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Kota Bharu, di sini, selepas menyedari dirinya ditipu.

Beliau berkata mangsa terpedaya selepas mendapat panggilan daripada individu yang menyamar sebagai kakitangan mahkamah dan mengatakan mangsa mempunyai satu kes mahkamah yang belum diselesaikan.

Katanya, individu itu kemudian memaklumkan mangsa mempunyai satu kes mahkamah yang menggunakan identitinya bagi mendaftar satu perniagaan di Johor, namun mangsa menafikan.

ā€œIndividu berkenaan kemudiannya menyambungkan mangsa kepada seseorang kononnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

ā€œIndividu itu memberitahu mangsa kes itu sedang disiasat dan perlu hadir ke mahkamah. Disebabkan bimbang, mangsa kemudiannya membuat beberapa transaksi ke dalam akaun bank yang diberi sindiket dalam jumlah antara RM80,000 hingga RM500,000 bermula Oktober lalu hingga semalam,ā€ katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kelantan, DSP Ahmad Arifin kepada ketua jabatan yang baharu, Supt Ahmad Azizul Mohamed.


Mengulas lanjut Hasanuddin berkata, transaksi yang dibuat berjumlah RM6.7 juta dengan transaksi pertama sebanyak RM500,000 sebelum mangsa membuat laporan polis.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

ā€œPenipuan membabitkan jumlah ini adalah paling besar tahun ini dan kita menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan ancaman palsu serta sindiket penipuan termasuk menerusi panggilan telefon.

ā€œKita minta orang ramai maklumkan kepada polis bagi mengelakkan mereka kerugian. Dalam kes ini kemungkinan mangsa yang sudah berusia mudah tertipu,ā€ katanya. – BERNAMA

Kategori