Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Elly Mazlein Mahu Tarik...

SHAH ALAM - Penyanyi Elly Mazlein memberitahu meluahkan hasrat untuk menarik diri sebelum...

Pasar Raya Di Pontian...

TIDAK sampai 24 jam Akta Antiberita Tidak Benar diwartakan Yang di-Pertuan Agong, penduduk...

Polis Tumpaskan Sindiket Antarabangsa,...

Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah antarabangsa selepas menahan lapan lelaki termasuk...

NGO Hantar Kaunselor Bantu...

GEORGE TOWN - Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (Haluan) akan menghantar pasukan...

AirAsia Peneraju LCC Dunia Pada World Travel Awards

KUALA LUMPUR – AirAsia dinamakan sebagai Peneraju Penerbangan Tambang Murah (LCC) Dunia untuk tahun keenam pada peringkat akhir World Travel Awards (WTA).

AirAsia berada di tempat teratas dalam kategori berkenaan selepas menerima paling banyak undi daripada pelancong dan eksekutif industri, berbanding Southwest Airlines, JetBlue, Ryanair, easyJet, Jetstar Airways, Norwegian Air, West Air, flydubai, Air Arabia, flynas dan fastjet, kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Syarikat penerbangan itu turut membawa pulang anugerah, Peneraju Kru Kabin Penerbangan Tambang Murah Dunia untuk kali kedua, menewaskan Southwest Airlines, JetBlue, Ryanair, easyJet, Jetstar Airways, Norwegian Air, West Air, flydubai, Air Arabia, flynas, fastjet, Kulula dan Mango.

Ketua Kru Kabin Kumpulan AirAsia, Suhaila Hassan dan Ketua Komunikasi Kumpulan AirAsia, Progastama Petriny, menerima anugerah berkenaan bagi pihak syarikat pada majlis gala yang diadakan di Pátio da Galé Lisbon, Portugal, semalam. – BERNAMA

Kategori