Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

PRN: Calon BN Tidak...

KUCHING - Ketika lawannya dari PKR tampil garang dengan maskot badak sumbu berwarna...

Nelayan Asing Guna Taktik...

KUANTAN -Ā Taktik enam bot nelayan asing yang cuba mengaburi pihak berkuasa dengan mengibarkan...

Kelantan Rehat Pemain Utama...

KOTA BHARU - Kelantan akan merehatkan beberapa pemain utamanya menjelang pertemuan menentang Selangor...

KSN Digesa Berundur Cara...

KUMPULAN bekas penjawat awam tersohor G25 mendesak Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali...

AKRI Galak Budaya Kreatif, Pemikiran Aras Tinggi Akademia

SEPANG – Anugerah Khas Menteri Pendidikan Malaysia: Rekabentuk Kurikulum dan Penyampaian Inovatif Tahun 2018 (AKRI 2018) berjaya dalam matlamatnya menyediakan platform menggalakkan budaya kreatif dan pemikiran aras tinggi dalam kalangan akademia, kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

Beliau berkata program julung kali yang menarik lebih 200 penyertaan itu membuktikan ahli akademik mampu beradaptasi dengan perubahan persekitaran tanpa mengetepikan konsep asas pendidikan tinggi.

AKRI merupakan inisiatif kerajaan dalam usaha mendepani peredaran zaman termasuk Revolusi Industri Keempat (RI4.0) yang menuntut pemikiran dan reka bentuk semula pengajian tinggi terutama berkaitan cara para akademik mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran.

ā€œDengan AKRI, kita dapat lihat sejauh mana institusi pendidikan tinggi (IPT) dan pensyarah bersedia menghadapi cabaran-cabaran dalam pendidikan tinggi termasuk berdepan RI4.0,ā€katanya pada majlis itu di sini hari ini.

AKRI 2018 menyaksikan enam kategori dipertandingkan iaitu Anugerah Pengalaman Pembelajaran Imersif Maya; Anugerah Pengalaman Pembelajaran Imersif Teradun (Blended); Anugerah Pengalaman Pembelajaran Imersif Bersemuka; Anugerah Pengajaran Transformatif: Tanpa Syarahan dan Anugerah Pengajian Inovatif.

Pada majlis itu, Dr Anuar Mohd Yusof dari Universiti Malaysia Kelantan diumumkan sebagai penerima Anugerah Pengalaman Pembelajaran Imersif Maya, manakala Prof Dr Ismail Mohd Saiboon dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan N. Janaronson dari Taylor’s University masing-masing memenangi kategori Anugerah Blended dan Anugerah Pengalaman Pembelajaran Imersif Bersemuka.

Sementara itu, Dr Faridah Mohamad daripada Universiti Malaysia Terengganu dan Dr Adibah Abdul Latif daripada Universiti Teknologi Malaysia, masing-masing dinobatkan sebagai pemenang bagi Anugerah Pengajaran Transformatif Tanpa Syarahan, Anugerah Pengajaran Transformatif:Tanpa Syarahan, manakala Universiti Teknologi Mara merupakan penerima Anugerah Pengajian Inovatif.

Johan bagi setiap kategori membawa pulang wang tunai RM10,000 beserta trofi dan sijil.


Bercakap kepada pemberita kemudian, Maszlee mahu penganjuran AKRI bersifat lebih menyeluruh dengan penglibatan ahli akademik dari Institut Pendidikan Guru (IPG) pada musim akan datang kerana yakin terdapat banyak bakat kreatif dan inovatif di kalangan pensyarah di IPG yang boleh diketengahkan.

Dalam perkembangan lain, Maszlee mengalu-alukan jika Anggota Parlimen Tanah Merah Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz yang mengumumkan keluar UMNO berhasrat menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Beliau menyifatkan Ikmal Hisham sebagai antara pemimpin berkualiti yang sentiasa mengambil berat isu berkaitan pendidikan serta kebajikan rakyat.

Media hari ini melaporkan, Ikmal Hisham mengumumkan keluar UMNO serta meletakkan jawatan sebagai Ketua Bahagian UMNO Tanah Merah. – BERNAMA

Kategori