Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Perlis Rancang Dua Projek...

KANGAR - Dua projek iaitu penanaman pokok ketum untuk tujuan perubatan dan penjanaan...

AirAsia Tawar Hidangan Terbaru...

KUALA LUMPUR - Kanak-kanak berumur dua hingga 12 tahun yang terbang bersama AirAsia...

Malaysia Juara Piala Thomas...

SIAPA boleh melupakannya....detik pasukan negara berjaya menjulang Piala Thomas Malaysia pada tahun 1992...

Porsche Terperosok Bawah SUV...

GEMPAR... Seorang petugas valet di Hotel Hyatt Regency di Sydney, Australia secara tidak...

Akta 505 Mungkin Dipinda – Fuziah

PUTRAJAYA – Jabatan Perdana Menteri akan mencadangkan pindaan terhadap Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505) berhubung pengeluaran dana Baitulmal bagi tujuan kecemasan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata melalui peruntukan di bawah Akta 505, Baitulmal ketika ini hanya dibenarkan mengeluarkan bantuan sebanyak RM50 bagi seorang pemohon.

“Akta 505 menggariskan kebenaran pengeluaran dana kecemasan sebanyak RM50 dan jika mengambil kira keadaan semasa, jumlah itu adalah kecil untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

“Jadi, ada keperluan untuk akta itu dipinda bagi mewujudkan kaedah agihan dana kecemasan yang lebih menyeluruh mengikut keadaan semasa ketika ini,” katanya pada sidang media penyerahan zakat korporat 2018 di sini hari ini.

Pada majlis itu, tujuh syarikat menyerahkan bayaran zakat perniagaan berjumlah RM3,767,416.91 kepada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).

Fuziah berkata jumlah bantuan tidak sepatutnya dinyatakan dalam akta kerana pernyataan itu mengehadkan jumlah wang yang akan dikeluarkan sedangkan pemohon layak diberikan bantuan dalam amaun lebih besar.

“Bila tidak disebut dalam akta, Baitulmal dapat memberi bantuan yang lebih meluas sifatnya namun, tetap dalam kadar yang difikirkan bersesuaian oleh pihak pengurusan,” katanya dan menambah, cadangan pindaan itu akan dibuat pada persidangan Dewan Rakyat akan datang.


Dalam pada itu, Fuziah berkata pihaknya menyasarkan untuk mengeluarkan antara dua hingga empat peratus asnaf daripada senarai penerima zakat tahunan bermula tahun depan.

Beliau berkata ketika ini terdapat 22,000 orang dalam kategori asnaf menerima bantuan bulanan daripada baitulmal MAIWP.

KPI ini, katanya, akan menjadikan gerak kerja MAIWP lebih berfokus, khususnya dalam mengagihkan bantuan wang zakat bagi mencapai sasaran yang ditetapkan. – BERNAMA

Kategori