Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Polis Trafik Bantu Bersih...

GAMBAR sekumpulan anggota polis trafik 'turun padang' membersihkan laluan motosikal yang ditenggelami air akibat...

Statut Rom: “Rakyat Perlu...

SHAH ALAM - Rakyat negara ini patut berterima kasih dengan Tunku Mahkota Johor...

Izzue Islam Mohon Peminat...

SETELAH tiga tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Izzue Islam mengakui dia dan isteri, Awin Nurin...

Skandal Banglo: DAP Tak...

GEORGETOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dijangka memberi keterangan berkaitan...

‘Alhamdulillah Cuma Cedera Ringan’ – ADUN Bukit Besi

DUNGUN – “Alhamdulillah saya selamat hanya cedera ringan dan sakit badan,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi, Roslee Daud selepas terbabit kemalangan di Kilometer 20, Jalan Dungun-Bukit Besi, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam tadi, Roslee cedera di dahi, tangan kanan dan sakit di dalam badan.

Kejadian dipercayai berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero yang dipandunya terbalik ketika mengelak lembu melintas.

Rosli berkata, ketika kejadian dia dari rumahnya di Kampung Bukit Besi dalam perjalanan untuk berjumpa dengan rakan di sebuah kedai makan di Kampung Che Lijah.

“Saya memandu bersendirian dan tidak laju memandangkan ketika itu hujan dan jalan licin.

“Sampai di lokasi, tiba-tiba dua ekor lembu dari arah kanan jalan melintas dan saya cuba mengelak ke kiri sebelum kenderaan berpusing dan terbalik,” katanya.

Menurutnya, berikutan kejadian itu dia tercampak di tempat duduk penumpang depan.

“Saya merangkak keluar melalui cermin depan menyebabkan tangan saya luka terkena serpihan kaca cermin kereta.


“Saya bersyukur tiada sebarang kenderaan di depan dan jika tidak sudah tentu kemalangan lebih teruk,” katanya.

Roslee kemudian meminta penduduk kampung menghantarnya pulang ke rumah.

“Kira-kira jam 1 pagi tadi, saya terasa sakit di seluruh badan sebelum meminta anak perempuan, Nurul Shahida, 30, menghantar saya ke Hospital Dungun.

“Terima kasih kepada semua yang membantu dan mendoakan saya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu. – BH ONLINE

Kategori