Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

ASEAN Iktiraf Wira Pemuliharaan...

KUALA LUMPUR - Sepuluh individu daripada negara anggota ASEAN akan dinobatkan sebagai Wira...

KPDNKK Sarawak Terima 47...

KUCHING - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sarawak menerima 47...

Permohonan Biasiswa Yang Di-Pertuan...

PUTRAJAYA - Sebanyak 12 biasiswa ditawarkan menerusi Biasiswa Yang di-Pertuan Agong sesi pengajian...

Perak Catat Prestasi Pelaburan...

IPOH: Perak merekodkan prestasi pelaburan yang memberangsangkan, iaitu sebanyak RM5.2 bilion bagi tempoh...

Angin Kencang Dan Laut Bergelora Sehingga Khamis

KUALA LUMPUR – Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam dan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan utara Condore, utara Reef North dan utara Palawan bermula esok sehingga Khamis ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia di sini, hari ini keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Sementara itu, angin kencang Timur Laut berkelajuan 40 hingga 50 km sejam dengan ombak setinggi 3.5 meter turut diramal berlaku di kawasan perairan selatan Condore, Bunguran, selatan Reef North, Layang-Layang, Reef South, selatan Palawan, Labuan dan Sabah Barat bagi tempoh yang sama.

“Keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi dan sukan laut,” menurutnya lagi. – BERNAMA

Kategori