Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Cadangan Bina Lorong Basikal...

KOTA BHARU - Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dicadang supaya membina...

300 NGO Melayu Himpun...

BERSATU.... Gerakan Pembela Ummah (Ummah) menggesa semua orang Melayu dan umat Islam menyertai...

TLDM Selamat 87 Pelancong...

KUANTAN - Seramai 87 pelancong yang terkandas di Pulau Tioman ekoran laut bergelora...

Tawar Diri Seks Oral,...

SEJAK dua menjak ini nama pelakon, Iqram Dinzly tidak henti-henti menjadi bahan bualan...

Angka Korban Tsunami Selat Sunda Meningkat 168 Orang

Agensi bencana Indonesia mengesahkan angka kematian tsunami yang melanda kawasan pantai sekitar Selat Sunda di antara pulau Sumatera dan Jawa kini meningkat kepada 168 orang.

Pada masa sama, 745 orang dilaporkan cedera manakala 30 dilaporkan hilang.

Ratusan buah rumah dan bangunan sepanjang pantai Selat Sunda musnah selepas dibadai tsunami lewat Sabtu, kata jurucakap agensi bantuan bencana, Sutopo Purwo Nugroho.

Beribu-ribu penduduk terpaksa berpindah ke kawasan lebih tinggi. Tidak ada angka anggaran mangsa hilang dikeluarkan pihak berkuasa.


Rakaman video disiarkan televisyen menunjukkan tsunami mencecah pantai dan kawasan perumahan di Pandeglang di pulau Jawa, menghanyutkan mangsa, serpihan dan ketulan besar batu dan kayu.

Sementara itu, Presiden Indonesia Joko Widodo menyampai ucapan takziah dan kesedihan atas bencana yang melanda melalui akaun media sosialnya.

“Duka cita yang mendalam atas jatuhnya korban bencana tsunami di Pandeglang, Serang dan Lampung Selatan, semalam.

“Saya telah memerintahkan segenap jajaran pemerintah terkait untuk segera melakukan langkah tanggap darurat, mencari dan menemukan korban, merawat yang luka-luka,” katanya. – Agensi

Kategori