Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Salleh Perjelas Fakta Bukan...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak menegur bekas perdana menteri,...

Azmin Umum Agihan Portfolio...

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali hari ini mengumumkan agihan...

Ford Yakin Kekalkan Momentum...

PETALING JAYA - Ford Motor Company yakin dapat mengekalkan momentum jualannya di Malaysia,...

Pelajar Maut Kemalangan 4...

KULAI - Seorang pelajar Tingkatan Lima maut selepas motosikal ditunggang terbabit dalam kemalangan...

Anugerah Adib Bagi Mengenang ‘Wira Merah’

KUALA LUMPUR – ‘Anugerah Adib’ dicadang diwujudkan sebagai tanda penghargaan jasa dan pengorbanan ‘wira merah’ itu merungkai pergolakan susulan rusuhan kuil di Seafield, pada 27 November lalu.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang, ketika menyuarakan cadangan itu berkata penganjuran pemberian anugerah secara tahunan itu akan disampaikan kepada individu yang menyumbang kepada pembangunan dan perpaduan masyarakat.

“Adib bukan sekadar wira, tetapi wira kepada semua rakyat di negara ini. Jasanya harus diangkat sebagai inspirasi dalam membangun dan menyatupadukan Malaysia.

“Ia sekali gus menjadi contoh di pentas dunia mengenai kejayaan Malaysia sebagai negara majmuk,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kit Siang berkata, kematian Muhammad Adib Mohd Kassim yang meruntun hati seluruh negara ketika ini dieksploitasi anasir tertentu bagi mencetuskan ketegangan penganut pelbagai agama.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata langkah keji itu akhirnya menyaksikan beberapa bibit pelakuan yang menjejaskan ketenteraman awam, sekali gus mengundang kesan negatif terhadap keselamatan masyarakat.


“Saya tidak fikir ini apa Adib mahukan kerana beliau mengabadikan diri demi menyaksikan keharmonian, kejayaan dan kemakmuran pembangunan masyarakat berbilang kaum, bangsa serta agama,” katanya.

Muhammad Adib, 24 yang bertugas sebagai anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) dari Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), Subang Jaya dilaporkan cedera dipukul oleh perusuh ketika cuba memadamkan kebakaran beberapa kenderaan di Kuil Sri Maha Mariamman, dekat Seafield.

Beliau kemudian disahkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Disember lalu. – BH ONLINE

Kategori