Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

20 Warga Filipina, 13...

KOTA KINABALU - Sebanyak 20 warga Filipina dan 13 warga Indonesia ditahan dalam...

PM Mahu MIC Piih...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu MIC menyenaraikan calon...

Konsert Soundtrack Ippo Hafiz...

BUAT pertama kalinya dalam sejarah industri nyanyian konsert soundtrack pertama yang berskala besar...

Harga Lantai Bakal Diperkenal...

SERDANG - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan memperkenalkan harga lantai untuk...

Arab Saudi Berdepan Cuaca Melampau

DUBAI – Wilayah barat Arab Saudi di Makkah berdepan keadaan cuaca melampau, dengan risiko guruh dan hujan, menjurus banjir kilat di sesetengah kawasan.

Pihak Berkuasa Meteorologi dan Perlindungan Alam Sekitar memberi amaran, angin kencang bersama guruh dan hujan akan melanda tanah tinggi Jazan, Asir dan Baha, termasuk kawasan pantai hari ini, menurut laporan di laman web Arab News.

Laman web ramalan kaji cuaca Accuweather juga memberi amaran, hujan lebat boleh menjurus banjir kilat di wilayah itu.

Kabus tebal pada awal pagi ini juga dilaporkan di rantau Makkah, lapor agensi berita Saudi, SPA.

Sementara itu, amaran cuaca buruk sudah dikeluarkan, meramalkan angin kencang dan ombak tinggi di Laut Merah.


Semalam, Gabenor Makkah, Putera Khaled Al-Faisal melawat wilayah Al-Lith susulan hujan lebat yang merosakkan kediaman. Beliau melawat sejumlah kejiranan terjejas dan bertemu penduduk.

Sementara itu, jurucakap Direktorat Pertahanan Awam di Makkah, Nayef Al-Sharif menggesa rakyat dan penduduk mematuhi arahan keselamatan dan peraturan ketika memandu di jalan raya ketika hujan lebat. – Agensi/myMetro Online

Kategori