Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PLUS Beri Jaminan Atasi...

KUALA LUMPUR - Pelbagai usaha sedang diambil PLUS Malaysia Berhad (PLUS) untuk mengatasi...

Istanbul Tumpuan Pelancong Botak...

ISTANBUL - Dalam senarai kegiatan ke Istanbul, pelancong Palestin yang dikenali sebagai Jameel...

Polis Tahan Penganggur Disyaki...

KUCHING - Polis menahan seorang lelaki berusia 22 tahun yang disyaki mencabul kanak-kanak di...

Jumlah Pemberian Vaksin Covid-19...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 23,161,255 dos vaksin Covid-19 diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19...

Arah Lynas Bawa Keluar Sisa Radioaktif Keputusan Terbaik

PUTRAJAYA – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh menyambut baik keputusan kerajaan yang mahu Lynas Corporation Ltd (Lynas) mengeluarkan sisa radioaktif yang diproses di kilang milik syarikat itu dari Kuantan.

Anggota Parlimen Kuantan itu berkata beliau dimaklumkan keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat kabinet hari ini susulan cadangan daripada Kementerian Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar.

Menyifatkan keputusan itu sebagai pencapaian terbaik kepada perjuangan rakyat, Fuziah, yang baru-baru ini dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Semakan Semula Lynas berharap proses tersebut dapat dilakukan secepat mungkin.

“Ini satu keputusan yang sangat dinanti-nantikan penduduk dan jika boleh, saya harap proses itu dapat dilakukan segera kerana kandungan air di sungai-sungai di Kuantan kini hampir tercemar.

“Rata-rata penduduk di situ rezeki mereka berpunca dari sungai dan laut, bayangkan ia tercemar, bagaimana mereka hendak mencari rezeki,” katanya. – BERNAMA

Kategori