Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Harris Alif Tinggalkan Sekolah...

PETALING JAYA - Pelakon drama bersiri Istikarah Cinta, Harris Alif mengambil keputusan untuk...

“Shah Alam PAN Punya,...

SHAH ALAM - Hasrat Menteri Besar Selangor, Datuk Azmin Ali 'lari' ke kerusi...

Permohonan Sertai BN, PBM...

JEMPOL : Parti Bangsa Malaysia (PBM) menunggu pengumuman rasmi daripada Barisan Nasional (BN)...

Ada Individu Menyamar Remy...

MENJADI selebriti memang tak dapat lari daripada pelbagai kisah kurang enak yang melanda.Terbaharu...

Arahan DBKL Pindah Kenderaan Tidak Wajar – Takiyuddin

PAS menyifatkan tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan arahan termasuk memindahkan semua kenderaan rasmi yang berada di menara berkenaan ke Jalan Cheras, adalah tidak wajar.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata arahan dibuat pihak berkuasa tempatan (PBT) itu boleh menimbulkan keresahan kepada rakyat.

Katanya, beliau menerima salinan surat dikeluarkan DBKL pada Selasa lalu memaklumkan beberapa arahan seperti semua jabatan di Menara DBKL 1 dan 2 ditutup pada Sabtu ini.

ā€œSelain itu, kenderaan rasmi jabatan ditempatkan di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal di Jalan Cheras dan semua kontraktor pembersihan serta ubahsuai pejabat tidak dibenarkan menjalankan sebarang kerja pada hari berkenaan sebagai langkah keselamatan.

ā€œKami menegaskan himpunan berkenaan (membantah ICERD) bukan untuk menimbulkan provokasi sebaliknya ia adalah himpunan aman.

ā€œDBKL tidak sepatutnya mengeluarkan arahan sedemikian selaku PBT. DBKL sepatutnya menjamin keselamatan dan membenarkan anggotanya bertugas, bukannya mengeluarkan arahan seolah-olah kami mahu melakukan provokasi,ā€ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Ceramah Grand Finale Himpunan Aman Rakyat Membantah ICERD di Kota Bharu, malam tadi.

Hadir sama, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa; Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh; Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari


Sementara itu, Annuar berkata, kerajaan perlu bertanggungjawab sekiranya berlaku kejadian tidak diingini esok kerana mengadakan dua himpunan besar dengan lokasi agak dekat.

Katanya, walaupun dua himpunan itu diadakan dua lokasi berlainan, namun perlu diingat penyokong masing-masing mungkin menggunakan pengangkutan sama yang boleh menimbulkan provokasi.

ā€œHari hak asasi sedunia adalah Isnin dan mereka boleh mengadakan himpunan pada hari lain iaitu Ahad atau Isnin.

ā€œMereka mengumumkan untuk mengadakan himpunan hak asasi itu selepas kami mendapat permit untuk mengadakan himpunan aman bantah ICERD.

ā€œNamun di pihak himpunan aman, kami berusaha supaya semuanya berjalan secara aman dan sekiranya berlaku kejadian tidak diingini, mungkin ia sudah dirancang oleh pihak tertentu,ā€ katanya. – myMetro Online

Kategori