WASHINGTON – Tentera Amerika Syarikat (AS) akan meneruskan kempen serangan udara di Syria dalam jangka pendek.
Menurut jurucakap Pentagon, Komander Rebecca Rebarich, AS akan meneruskan perang udara sementara tentera Amerika berada di Syria.
“Selagi askar kita berada di lapangan, AS akan meneruskan serangan udara bagi menyokong angkatan kita.
“Mengenai tentera AS di lapangan, kita tidak mahu membuat spekulasi mengenai operasi di masa depan,” katanya.
Serangan udara menjadi kunci operasi AS di Syria dengan dron dan jet pejuang menyerang Daesh sejak 2014.
Pperikatan yang diketuai AS telah menjalankan 208 serangan di Syria pada mingga lalu. – AFP