Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

DAP Beri Jaminan Terus...

KUALA LUMPUR - DAP memberi jaminan akan terus menentang usaha PAS memperkasakan fungsi...

Dua Bulan Kembara Cari...

Beijing - Seorang lelaki tua menjadi rakyat China terbaru yang mengembara atas nama...

Lantikan Politik BN Perlu...

PUTRAJAYA - Lantikan politik oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) di semua agensi di...

Bersatu Tidak Terima Pemohonan...

MELAKA — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan secara membuta tuli menerima...

AS Umum Tentera Tarik Diri Dari Syria

WASHINGTON – Rumah Putih hari ini mengesahkan Amerika Syarikat menarik balik tenteranya dari Syria selepas Presiden Donald Trump menyatakan kumpulan militan Daesh berjaya ‘dikalahkan’ di sana.

Setiausaha akhbarnya, Sarah Sanders berkata tentera AS sudah pun mula dihantar pulang ke tanah air.

Menurut laporan agensi berita BBC, kira-kira 2,000 tentera berjaya ‘membersihkan’ sebahagian besar kawasan timur laut Syria yang dikuasai kumpulan Daesh itu.

“Kami mula menghantar tentera AS untuk pulang tanah air sebagai peralihan ke peringkat kempen yang seterusnya,” katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak memberikan maklumat lanjut mengenai kempen itu, namun berkata AS dan sekutunya ‘bersedia untuk terbabit semula di semua peringkat bagi mempertahankan kepentingan AS apabila diperlukan.


Selain itu, Sanders berkata AS akan terus bekerjasama untuk menyekat wilayah yang dikuasai pengganas selain menghentikan pembiayaan, sokongan dan mana-mana cara sekali pun untuk mereka menyusup masuk ke sempadan negara Syria. – Agensi/BH ONLINE

Kategori