Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Video Aziz Laikar Tak...

KETUA komunikasi AirAsia Berhad, Aziz Laikar baru-baru ini menyiarkan sebuah video melalui media...

Penduduk Kesal Tiada Tindakan...

KUALA PERLIS - Penduduk di Taman Kuala Perlis di sini, hari ini kesal...

IPTA Diberi Tempoh Persediaan...

PETALING JAYA - Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di negara ini akan diberi...

Mayat Lelaki Dengan Kesan...

SEREMBAN - Mayat seorang lelaki dengan kesan terbakar ditemui di dalam longkang di...

Azmin Yakin PH Mampu Tawan Cameron Highlands

SERDANG – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yakin Pakatan Harapan (PH) mampu menawan kerusi Parlimen Cameron Highlands pada Pilihan Raya Kecil (PRK) akan datang.

Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi berkata mana-mana calon yang akan bertanding pada PRK itu akan mewakili PH dan bukannya parti tertentu dalam perikatan itu.

“Ini kerana Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah menegaskan beberapa kali kita mesti bertindak sebagai PH,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat tapak Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2018 di sini, hari ini.

Semalam, mahkamah Pilihan Raya mengisytiharkan keputusan pilihan raya kerusi Parlimen Cameron Highlands pada Mei lepas yang memberikan kemenangan kepada calon Barisan Nasional (BN) adalah terbatal dan tidak sah.

Hakim Datuk Azizah Nawawi membuat keputusan itu selepas mendapati bahawa terbukti wujud amalan rasuah yang diketahui dan mendapat keizinan Anggota Parlimen kawasan itu, Datuk C Sivarraajh.

Hari ini, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata partinya, yang juga merupakan anggota PH, berhasrat bertanding di kerusi itu. – BERNAMA

Kategori