Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Permohonan Sertai BN, PBM...

JEMPOL : Parti Bangsa Malaysia (PBM) menunggu pengumuman rasmi daripada Barisan Nasional (BN)...

Dibedah Akibat Tercekik Tulang...

MALANG sememangnya tidak berbau. Seorang wanita berhadapan dengan detik cemas apabila dikatakan tercekik...

Berita Palsu Tarikh Mula...

Pasti ramai yang sudah sedia maklum sesi persekolahan untuk 2015 ditangguh seminggu akibat...

Israel Bedil Semenanjung Gaza

BANDAR GAZA: Israel membedil Semenanjung Gaza selepas pejuang Palestin dilaporkan melancarkan beberapa serangan...

AZRB Beli 50% Ekuiti Palmacorp Pada RM2.64 Juta

KUALA LUMPUR – Ahmad Zaki Resources Bhd (AZRB) bercadang membeli 50 peratus pegangan ekuiti Palmacorp Sdn Bhd pada harga RM2.64 juta.

Syarikat berkenaan sudah menyertai perjanjian pembelian dengan Zaki Holdings (M) Sdn Bhd dan Tan Sri Wan Zaki bagi pembelian berkenaan, kata AZRB dalam makluman kepada Bursa Malaysia​​​​​.

Palmacorp pada masa ini memiliki 300 lot kediaman di kawasan seluas kira-kira 7.81 hektar di Kemaman, Terengganu.

Sementara itu, dalam makluman berasingan, ​AZRB mengumumkan, ia sudah membeli 0.20 hektar tanah pada harga RM1.75 juta di Telok Cempedak, Kuantan, daripada Zaki Holdings (M) Sdn Bhd.

Apabila cadangan pembelian itu dimuktamadkan, syarikat berkenaan akan menyuntik hartanah berkenaan ke Ahmad Zaki Sdn Bhd (AZSB), anak syarikat milik penuhnya.

“AZSB bercadang menukar tanah berkenaan ke pejabat pentadbirannya di Kuantan yang akan memberi sokongan kepada projek Jambatan Tanjung Lumpur dan projek lain di rantau ini,” tambahnya. – BERNAMA

Kategori