Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PAS Sindir Guan Eng...

KUALA LUMPUR - "Tiada apa yang perlu digusarkan sekiranya benar Ketua Menteri Pulau...

90 Premis Di Kelantan...

KOTA BHARU - Sebanyak 90 premis di Kelantan mendapat Sijil Perakuan Bomba (FC)...

KPDNKK Melaka Rampas 6,000...

MELAKA - Pasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNKK) Melaka...

Neymar Perlu Belajar Pekakkan...

PARIS - Jurulatih Paris Saint-Germain, Unai Emery berkata Neymar harus pandai 'memekakkan telinga'...

Baitulmuqaddis Perlu Kekal Seperti Sedia Ada – Dr Mahathir

BANGKOK – Baitulmuqaddis harus kekal seperti sedia ada dan mana-mana negara tidak berhak untuk memutuskan ia harus menjadi ibu negara Israel atau dibahagikan, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“ Australia juga mahu membahagikan Baitulmuqaddis kepada Baitulmuqaddis Barat sebagai ibu negara Israel dan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu kota Palestin…semua ini hanya akan meningkatkan kemarahan,” katanya selepas menerima ijazah doktor kehormat kepimpinan sosial, perniagaan dan politik daripada Universiti Rangsit di sini, hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian sebagai menjawab soalan pewarta Reuters di Bangkok berhubung keputusan Australia mengiktiraf Baitulmuqaddis Barat sebagai ibu negara Israel.

Bagaimanapun, negara itu tidak akan memindahkan kedutaannya ke sana sehingga perjanjian damai dicapai antara Palestin dan Israel.

Semasa menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN di Singapura, bulan lalu, Dr Mahathir menzahirkan kebimbangannya dengan rakan sejawatan dari Australia, Jim Morrison, terhadap hasrat negara itu mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.

“Kami perhatikan perkatakan yang digunakan disusun dengan sangat teliti. Namun, pada pandangan kebanyakan negara Arab, semua ini bukan sesuatu yang mereka boleh terima,” katanya.


Beliau berkata Baitulmuqaddis sentiasa berada di bawah Palestin dan mempersoalkan mengapa mereka mengambil usaha untuk membahagikan kota suci itu.

“Mereka tidak berhak…ia bukan milik mereka,” katanya. – BERNAMA

Kategori