Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

SPE: Penduduk Jalan U-Thant...

KUALA LUMPUR – Pemilik dan penghuni hartanah di Jalan U-Thant hari ini gagal...

Malaysia Airports Akan Kutip...

KUALA LUMPUR – Malaysia Airports Holdings Bhd. akan mengambil langkah untuk mengutip tunggakan...

Pengguna Kecewa Touch ‘n...

PENGGUNAAN kad prabayar Touch 'n Go dilihat semakin meluas selepas pengumuman dibuat bahawa tiada lagi lorong tunai...

Intip Telefon Suami Boleh...

MUNGKIN jadi lumrah apabila mempunyai pasangan, kita pasti akan 'mengintip' telefon bimbit mereka. Bukannya...

BAM Bersikap Terbuka Jika V Shem-Wee Kiong Mahu Keluar

KUALA LUMPUR – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bersikap terbuka sekiranya beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong mahu mengikut jejak beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying keluar daripada badan induk sukan itu.

Presiden BAM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata beliau telah berjumpa dengan V Shem dan Wee Kiong bagi membincangkan masalah yang dihadapi pemain itu.

“Saya ada berjumpa dengan Wee Kiong dan V Shem, berbincang masa depan mereka. Perbincangan itu lebih terarah kepada perancangan mereka bagi kejohanan penting tahun depan dan pusingan kelayakan Sukan Olimpik 2020.

“Sekiranya mereka memerlukan sokongan kita, BAM akan bantu…tetapi daripada perbincangan itu saya tidak menerima apa-apa lagi daripada mereka (kenyataan mengenai keluar dari BAM),” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil di sini, hari ini.

Media tempatan hari ini melaporkan V Shem dan Wee Kiong dijangka membuat keputusan keluar dari BAM selepas pengunduran Peng Soon-Liu Ying baru-baru ini.

Sejak awal tahun ini, V Shem-Wee Kiong sentiasa menjadi tumpuan dengan masalah komunikasi antara mereka dan turut bergelut dengan masalah prestasi sehingga kini.

Mohamad Norza turut menasihatkan pemain senior yang memilih untuk membuat haluan sendiri agar mempunyai perancangan yang jelas sekiranya masih mahu mewakili negara ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun.

Jelasnya, BAM sedia berjumpa dan membantu pemain bukan lagi di bawah naungan BAM yang mahu mewakili negara dalam kejohanan penting tahun depan terutamanya dalam misi meraih slot ke Sukan Olimpik 2020.


“Mungkin pilihan sebagai pemain bebas itu kerana mereka mahukan suasana yang lebih fleksibel iaitu fokus kepada Olimpik dan mereka juga boleh memenuhi komitmen yang lain.

“Saya faham, sekiranya mereka berada dalam BAM, mereka tertakluk dengan kekangan yang kita tetapkan. Contohnya, Liu Ying dan Peng Soon, saya rela mereka keluar dari BAM walaupun independent (bebas) mereka tetap pemain Malaysia.

Badminton merupakan sukan paling cemerlang dengan menyumbang tiga pingat perak dalam Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil empat tahun lepas.

Selain jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei, V Shem-Wee Kiong serta Peng Soon-Liu Ying turut mengharumkan negara dengan sumbangan pingat perak.

“Fokus BAM adalah ‘Road to Olympic Tokyo 2020’ dan pelaburan kepada pemain-pemain muda. Sebagaimana kita beritahu kepada pemain-pemain senior ini, mereka mempunyai peluang sekiranya mereka mengambil langkah untuk menjadi independent,” kata Mohamad Norza. – BERNAMA

Kategori