Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

5 Trilion Meter Padu...

IPOH - Jabatan Mineral dan Geosains sedang mengenal pasti sumber air bawah tanah...

“Saya Tidak Berminat Jadi...

KUALA LUMPUR - "Saya tidak berminat menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)...

Sayap UMNO Akan Pastikan...

KUALA LUMPUR - Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2017 hari ini...

‘Rupanya Dia Cuma Tiang...

KUALA LUMPUR : 'Perang' membabitkan dua bekas perdana menteri di media sosial berterusan...

Banjir Di Terengganu Semakin Pulih

KUALA TERENGGANU – Situasi banjir di Terengganu semakin pulih pada tengah hari ini dengan penutupan 10 pusat pemindahan sementara (PPS) menjadikan jumlah penduduk terjejas banjir berkurang kepada 666 orang daripada 194 keluarga berbanding 1,622 orang daripada 506 keluarga pada pagi ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kolonel Che Adam A Rahman berkata ketika ini, hanya tujuh PPS beroperasi di Kemaman menempatkan 383 mangsa dan dua lagi PPS beroperasi di Hulu Terengganu menempatkan 283 mangsa.

“Satu-satunya PPS di Setiu ditutup secara rasminya pada pukul 9.15 pagi dan kita menjangka lebih banyak PPS akan ditutup pada sebelah petang ini sekiranya cuaca cerah berterusan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kit makanan kepada 220 mangsa di Pusat Latihan Darul Iman di Teluk Kalong di sini hari ini.

Bagaimanapun, penduduk terjejas banjir dinasihatkan agar tidak tergesa-gesa pulang ke rumah mereka atas faktor keselamatan.

“Kami berharap penduduk terjejas banjir akan terus tinggal di PPS sehingga rumah mereka disahkan selamat untuk diduduki semula,” katanya. – BERNAMA

Kategori