Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

KPDNKK Nadi Dakwaan Pasar...

TAWAU - Ketua Pejabat Kementerian Perdagangan Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Tawau Sam Aminuddin...

Tiada Tindakan Ke Atas...

KUALA LUMPUR - Tiada tindakan undang-undang ke atas pembekal suplemen Cordyceps dicemari dengan...

Muhyiddin Tidak Akan Ditahan...

PUTRAJAYA : “Saya yakin beliau (Tan Sri Muhyiddin Yassin) akan dilepaskan oleh SPRM...

Lisa Buat Pemerhatian Untuk...

PETALING JAYA - Pelakon Lisa Surihani memberitahu cara dia mendalami watak wanita mengandung...

Bayi 3 Bulan Antara 8 Maut Dalam Kebakaran Hospital

MUMBAI – Seorang bayi berumur tiga bulan merupakan antara lapan korban kebakaran sebuah hospital di Mumbai, kata beberapa pegawai semalam dalam bencana terbaharu yang mendedahkan kelemahan standard keselamatan di India.

Kebakaran itu bermula sekitar pukul 4 petang kelmarin di tingkat empat sebuah hospital kerajaan di Andheri, pinggir Mumbai.

Angka kematian bencana itu meningkat daripada enam kepada lapan orang semalam, kata seorang jurucakap unit pengurusan bencana Mumbai kepada agensi berita AFP.

Seramai 140 yang lain termasuk sebilangan pesakit, doktor dan jururawat telah diselamatkan dan diberikan rawatan di beberapa buah hospital di seluruh bandar itu, katanya.

Punca kebakaran di Hospital ESIC Kamgar itu belum diketahui tetapi seorang pegawai bomba berkata, pihak pengurusan hospital tidak meminta pemeriksaan ke­selamatan yang sepatutnya dilakukan.


“Bangunan hospital itu dibina dalam tahun 1970-an, manakala tiada audit keselamatan dilakukan,” kata Timbalan Ketua Pegawai Bomba, M.D. Ogle. – AFP/KOSMO ONLINE

Kategori