Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Jakim Tambah Pegawai Di...

KUCHING - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menambah pegawainya di Amsterdam bagi...

MISTERI… DJ Dijumpai Lepas...

PELIK campur misteri. Seorang DJ sambilan yang dilaporkan hilang sejak dua bulan lalu ketika...

Kekayaan Mahathir, Daim Dan...

TUN Dr. Mahathir Mohamad, Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Rafidah Aziz punya...

Kanak-Kanak Bawa Heroin Disangka...

Selbyville (AS) - Seorang kanak-kanak berusia empat tahun membawa 249 bungkusan heroin ke...

Bayi Lelaki Ditemui Di Sebuah Surau Di Keramat

KUALA LUMPUR – Seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan ditemui di sebuah surau di Taman Keramat di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Hamzah Alias dalam kenyataannya hari ini berkata bayi lengkap berpakaian dan diletakkan di dalam kotak itu ditemui kira-kira 8.50 malam.

“Turut ditemui bersama bayi itu adalah lampin pakai buang serta susu di sisinya. Pasukan perubatan hospital yang hadir telah memeriksa bayi berkenaan dan mengesahkan bayi itu dalam keadaan sihat,” katanya.

Hamzah berkata bayi lelaki itu dirujuk ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi dan orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian itu diminta tampil membantu siasatan. – BERNAMA

Kategori