Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Australia Dakwa Negara Asing...

SYDNEY - Perdana Menteri Australia, Scott Morrison, berkata serangan siber ke atas penggubal...

“Saya Akan Kongsi Kisah...

APAKAN daya, jodoh penyanyi, Sufian Suhaimi dan pelakon, Elfira Loy tidak kesampaian apabila...

Netizen Terpana Kekacakan Anak...

KEMUNCULAN anak teruna Celine Dion dalam Anugerah Muzik Billboard 2016 semalam ternyata menimbulkan...

Nahas Helikopter: Upacara Pengebumian...

KUALA LUMPUR: Upacara pengebumian 10 jenazah wira Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang...

Beberapa Kawasan Di Daerah Kudat, Sabah Terjejas Banjir

KOTA KINABALU – Beberapa kawasan di daerah Kudat, kira-kira 190 kilometer dari sini, dilandar banjir akibat hujan berterusan sejak tengah hari tadi.

Menurut kenyataan Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, antara kawasan terjejas banjir ialah Kampung Tanjong Kapur, Kampung Pengaraban, Kampung Tajau Bak Bak, Kampung Perpaduan, jalan ke Kampung Suang Pai, jalan utama menuju Kota Kinabalu dan jalan menuju Tanjung Simpang Mengayau.

Akibat banjir berkenaan, jalan utama menuju Kota Kinabalu tidak dapat dilalui semua jenis kenderaan manakala jalan ke Tanjung Simpang Mengayau tidak dapat dilalui kenderaan kecil, menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun setakat ini belum ada pusat pemindahan banjir dibuka manakala semua pihak jawatankuasa bencana daerah seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat dan pejabat daerah terus memantau lokasi yang mudah dilanda banjir. – BERNAMA

Kategori