Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

Polis Siasat Dakwaan Neelofa...

SEREMBAN - Polis membuka kertas siasatan berhubung dakwaan usahawan dan selebriti Noor Neelofa...

Denda RM3,500 Jual Unit...

KUCHING - Seorang lelaki didenda RM3,500 atau penjara seminggu oleh Mahkamah Sesyen di...

13 Gajah Liar Rosakkan...

BALING - Beberapa penduduk di kampung Sri Ketengga, Mukim Siong di sini mendakwa...

Video: Polis Edar Rakaman...

POLIS telah mengedarkan rakaman litar tertutup (CCTV) yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan Timbalan...

Bekalan Kurang Faktor Harga Telur Ayam Naik

IPOH – Kenaikan harga telur ayam pelbagai gred yang berlaku di beberapa negeri sejak kebelakangan ini adalah disebabkan kekurangan bekalan bahan mentah itu.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub berkata antara faktor kekurangan bekalan telur ayam adalah lebihan eksport ke luar negara.

“Selain itu, antara faktor (kekurangan telur ayam) adalah penyakit yang melanda industri ayam iaitu selesema burung yang menyebabkan ‘shortage of supply’ (kekurangan bekalan).

“Pihak kementerian juga akan mengambil tindakan yang sewajarnya bersama dengan KPDNHEP (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) menerusi jawatankuasa bersama yang ditubuhkan sebelum ini bagi menangani masalah kenaikan harga telur ayam,” katanya ketika ditemui pemberita pada Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara 2018 di sini hari ini.

Sehubungan itu, Salahuddin berkata pihaknya memberi jaminan akan mengatasi masalah kekurangan bekalan telur ayam dalam tempoh terdekat.

Beliau diminta mengulas berhubung trend perubahan purata harga telur ayam sejak pertengahan bulan lepas sehingga kini yang didapati mengalami kenaikan secara konsisten pada setiap minggu di pasaran domestik. – BERNAMA

Kategori