Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

TPPA Tak Akan Jejas...

KUALA LUMPUR - Hubungan perdagangan antara Malaysia dan China tidak akan terjejas disebabkan...

Kastam Terengganu Jejaki 498...

KUALA TERENGGANU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Terengganu mendapati masih ada 498...

81,000kg Minyak RM550,000 Disita...

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merampas 81,000 kilogram...

Pelajar Hilang Semasa Perkhemahan...

KUALA LUMPUR - Seorang pelajar tingkatan dua yang menyertai perkhemahan di Sungai Chiling,...

Bekalan Telur Mencukupi Menjelang Musim Perayaan

NIBONG TEBAL, 21 Dis (Bernama) — Malaysia tidak perlu mengimport telur ayam dari luar negara dan memberi jaminan bekalan telur itu bagi musim perayaan ini akan cukup untuk memenuhi permintaan, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Sim Tze Tzin.

Beliau berkata Malaysia merupakan negara pengeluaran telur ayam yang paling cekap dan tiada keperluan untuk negara mengimport dari negara jiran.

“Isu kenaikkan harga telah telah selesai selepas perbincangan dengan para pengusaha dan saya yakin harga telur ayam akan terus stabil menjelang musim perayaan Hari Natal dan Tahun Baru Cina tahun depan,” katanya kepada pemberita selepas sesi berdialog bersama pengusaha telur ayam di sini hari ini.

Beliau juga menerangkan bahawa masalah kenaikkan harga telur baru-baru ini adalah disumbang oleh faktor kekurangan pengeluaran telur ayam, pembelian secara panik dan penutupan beberapa ladang pengeluaran.

Katanya, beliau amat simpati terhadap masalah yang dihadapi oleh para pengusaha telur khususnya tekanan kenaikan kos makanan ayam, kos operasi yang meningkat, undang-undang pihak berkuasa tempatan, aduan penduduk terhadap ladang membawa pencemaran bau dan penyakit ayam berikutan perubahan cuaca.

“Mereka (pengusaha telur ayam) menghadapi pelbagai cabaran dalam operasi ladang itu dan disebabkan banyak ladang-ladang kecil yang terpaksa menghentikan operasi, mengakibatkan pengeluaran gagal memenuhi pemintaan pasaran.

Masalah ini telah menyumbang kepada kekurangan 70 peratus daripada pengeluaran dan kerajaan terpaksa campur tangan baru-baru ini untuk memastikan harga telur akan kekal stabil di pasaran,” katanya.


Tambahnya, keadaan ini telah menyebabkan pengguna membuat pembelian secara panik seterusnya menyebabkan harga telur di pasaran naik.

Sim yang juga merupakan Anggota Parlimen Bayan Baru berkata kerajaan akan terus mengadakan perbincangan dengan para pengusaha telur ayam bagi memahami dan seterusnya mengatasi masalah mereka.

“Saya berharap pengguna akan faham, walaupun kita mahu telur murah, kita kena stabilkan harga, kalau pengusaha tidak boleh membuat keuntungan, mereka akan tutup operasi dan menyebabkan harga telur akan naik mendadak,” katanya.

Beliau berkata harga telur ayam berjaya kekal stabil sebelum ini disebabkan pengeluaran daripada para pengusaha yang cekap sehingga membolehkan telur ayam iaitu sebanyak 10 hingga15 peratus dieksport ke Singapura, Hong Kong, Dubai dan Maldives.

“Telur adalah makanan utama rakyat Malaysia, purata rakyat Malaysia mengambil 400 telur setahun sementara penggunaan telur adalah antara 30 hingga 34 juta sehari di Malaysia. Pembekal telur dan ayam di Malaysia adalah antara paling efisien dalam rantau ini yang menyebabkan antara sebab harga mampu kekal stabil sehingga hari ini,’ katanya. – BERNAMA

Kategori