Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pendaki Tertua Malaysia Dijangka...

DINGBOCHE (Nepal) - Pendaki tertua Malaysia, James Lee Chong Meng, 68, yang sedang...

PAN Kritik Melayu Bangga...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) mengkritik orang ramai yang berbangga dengan...

MyDeposit Mula Dilaksana Hari...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan...

Memali: Abdul Hadi Terima...

KUALA TERENGGANU - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerima permohonan maaf...

Bekas ADUN Ayer Hangat Keluar UMNO

ALOR SETAR – Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hangat Datuk Mohd Rawi Abd Hamid bersama 30 pemimpin UMNO peringkat cawangan dan bahagian Langkawi, mengumumkan keluar parti, hari ini.

Dalam sidang media hari ini Mohd Rawi berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira perkembangan landskap politik semasa dan mahu membantu kerajaan sedia di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) memakmurkan negara.

“Walaupun sayangkan parti tetapi saya ambil keputusan untuk keluar UMNO dan sertai parti lain di bawah PH dalam usaha untuk terus bantu menjamin kemakmuran sedia ada di bawah kepimpinan kerajaan sekarang. Mungkin kita boleh bantu mereka (kerajaan sekarang) mana-mana yang lompong sekarang.

“Ada dakwaan kata kami keluar UMNO dan masuk parti lain sebab dapat wang tetapi saya hendak maklumkan di sini, kita masuk parti lain tidak diberikan jawatan dan tidak ada wang yang ditawarkan,” katanya kepada pemberita pada sidang media di sini, hari ini.

Mohd Rawi, 51, berkata beliau akan mengumumkan keputusannya untuk menyertai parti mana dalam PH dua minggu lagi, manakala anggota lain yang keluar hari ini akan membuat keputusan mereka kemudian.

Mohd Rawi yang juga bekas Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) mendakwa sehingga kini lebih 50 peratus daripada 17,000 anggota UMNO di Langkawi telah keluar parti, namun jumlah sebenar tidak dapat dipastikan berikutan tiada proses pemutihan yang dilakukan.


“Minggu hadapan mungkin ada lagi yang akan umum keluar parti, kita tunggu sahaja. Ada anggota parti yang masih kurang yakin dengan kepimpinan tertinggi walaupun Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendengar suara anggota UMNO dengan mengambil tindakan menyerahkan tugas tersebut kepada timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan.

“UMNO mungkin boleh naik…mungkin dalam tempoh lima atau 10 tahun tapi kita lihat suasana untuk bangkit semula itu susah dan kalau hendak bangkit semula pun mungkin kita perlukan generasi baharu yang tidak terlibat dalam masalah integriti untuk pimpin parti,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Rawi mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan di dalam UMNO di semua peringkat yang telah banyak membantunya dan memohon maaf sekiranya tindakannya keluar parti melukakan hati pihak-pihak tertentu. – BERNAMA

Kategori