Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kawasan Lombong Terbiar Disaran...

KUANTAN - Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyarankan supaya tanah-tanah...

Penyertaan Salleh Dalam PKR...

KOTA KINABALU - Permohonan Datuk Seri Salleh Keruak yang ingin menyertai Parti Keadilan...

“Masing-Masing Terpaksa Jilat Ludah...

PONTIAN - "Saya gembira sungguh kerana akhirnya cukai barangan dan perkhidmatan (GST) adalah...

Mekanisme Tingkat Keselamatan Pengguna...

PUTRAJAYA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu meneliti untuk mewujudkan mekanisme yang berkesan...

Bekas Pengawal Peribadi Dipenjara 2 Tahun

KUALA LUMPUR – Seorang bekas pengawal peribadi dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah terhadap isterinya menggunakan tangan, September lepas.

Hakim Mahyon Talib menjatuhkan hukuman itu ke atas Shahrizal Hashim, 39, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah pada sebutan kesnya hari ini dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 25 Sept lepas.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Mahyon menasihatkan tertuduh supaya insaf dan tidak mengulangi kesalahan sama.

“Saya harap kamu jangan buat lagi, sila ambil iktibar atas apa yang berlaku. Awak dengan isteri kini telah berpisah, jangan berdendam dengan bekas isteri,” katanya.

Lelaki itu didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah terhadap wanita berumur 42 tahun itu dengan menggunakan tangan di sebuah rumah di Jalan Istana di sini antara 9 pagi hingga 2.30 petang, 23 Sept lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh juga dikenakan denda.


Terdahulu,Timbalan Pendakwa Raya N.Joy Jothi memohon hukuman setimpal manakala Shahrizal yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia ingin berjumpa dengan keluarga. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori