WASHINGTON – Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) George H.W. Bush dilaporkan meninggal dunia pada usia 94 tahun, menurut pengumuman keluarganya.
“Jeb, Neil, Marvin, Doro dan saya dengan dukacita mengumumkan bahawa selepas mengharungi 94 tahun yang luar biasa, ayah kami sudah meninggal dunia,” kata anaknya, bekas presiden George W. Bush dalam satu kenyataan yang disiarkan menerusi Twitter oleh jurucakap keluarganya.
“George H.W Bush ialah seorang lelaki yang mempunyai watak dikagumi selain seorang ayah terbaik kepada anak lelaki dan perempuan,” katanya. – AFP