Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

MRSM Ranau Bakal Dibina...

RANAU - Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) akan dibina di sini pada tahun...

Tiada Campur Tangan Politik...

PUTRAJAYA - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan wujud campur tangan politik...

Anwar Mungkin Didakwa Hina...

PUTRAJAYA - Datuk Seri Anwar Ibrahim berkemungkinan didakwa atas tuduhan menghina mahkamah yang...

Apandi tolak Lantikan MT,...

PENOLAKAN jawatan anggota Majlis Tertinggi UMNO oleh Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak...

Belanjawan 2019 Disemak Jika Harga Minyak Bawah AS$50 Setong

KUALA LUMPUR – Kerajaan hanya akan menyemak Belanjawan 2019 jika harga minyak mentah susut kurang daripada AS$50 setong, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Kementerian Kewangan menyediakan belanjawan berasaskan harga minyak mentah pada AS$70 setong.

Harga minyak merosot ke paras terendah dalam tempoh setahun Selasa lepas, turun antara empat dan tujuh peratus sepanjang minggu lepas, diheret turun oleh kelembapan ekonomi dunia, selain kebimbangan terhadap lebihan bekalan dalam pasaran minyak.

West Texas Intermediate (WTI) turun di bawah AS$47 setong manakala Brent susut ke paras AS$56.

Punca kemerosotan mengejut itu disumbangkan oleh pelbagai faktor.

Peningkatan inventori minyak mentah selain unjuran pengeluaran minyak syal menjejaskan harga minyak, namun kejatuhan harga diburukkan lagi oleh jualan secara menyeluruh dalam sektor kewangan. – BERNAMA

Kategori