Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Remaja Antara Yang Ditahan...

ROMPIN - Seorang remaja antara empat lelaki yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam...

Pekebun Sembur Cat Hitam...

ALOR GAJAH - Seorang pekebun pisang di Melaka mengambil inisiatif sendiri bagi mengatasi...

2 Juta Ketupat Sejuk...

TANAH MERAH - Bermula sekadar beramal untuk memberi peluang pekerjaan kepada golongan asnaf dari...

Jalan Pudu, Loke Yew...

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa...

Jepun Pilih Perkataan “Bencana” Takrif Tahun 2018

JEPUN memilih simbol bermakna “bencana” untuk mentakrifkan tahun 2018.

Stesen televisyen menyiarkan pengumuman itu secara langsung, yang diumumkan dengan ketua sebuah kuil purba di Kyoto menulis istilah itu pada sebuah panel putih.

Dalam undian tahunan, orang ramai memilih karakter kanji – karakter Cina yang diguna secara meluas di Jepun – ini selepas melalui beberapa bencana alam tahun ini.

Japan mengalami banjir, taufan, gempa bumi dan gelombang panas pada 2018, hingga menguncupkan ekonominya.

Ekonomi negara itu merosot 1.2 peratus dalam suku ketiga disebabkan kemusnahan bencana alam.

Yayasan Kanji berpangkalan di Kyoto mengadakan pertandingan ini setiap tahun sejak 1995.


Simbol tahun ini, disebut seperti perkataan bahasa Inggeris “sigh” dipilih oleh kurang daripada 21,000 orang. Simbol kanji bermaksud keamanan menduduki tempat kedua.

Tahun ini, banjir melanda pada Julai, mengorbankan hampir 200 orang dan menyebabkan pemindahan hampir 9 juta penduduk.

Bulan yang sama, sekurang-kurangnya 65 orang mati akibat gelombang panas yang mengorbankan lebih daripada 22,000 orang.

Kemudian, taufan Jebi dengan kelajuan angin sehingga 172 km sejam melanda, mencatat rekod sebagai taufan terkuat melanda dalam tempoh 25 tahun.

Pulau Hokkaido di utara dilanda gempa bumi dengan magnitud 6.7, mencetuskan tanah runtuh. – BBC

Kategori