Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

EXCO PAS Dikecam Kerana...

Selepas beberapa kontroversi berhubung hidangan Menu Rahmah mengaitkan wakil rakyat PAS, kali ini...

Awas! Taktik Baharu Sindiket...

KUALA LUMPUR - Tidak pernah serik… Itu yang boleh dilabelkan kepada sindiket penipuan...

Kisah Zaman Muda Bruce...

GEORGE TOWN – Sebuah syarikat Amerika Syarikat-China akan menerbitkan filem baharu mengenai legenda...

Jepun Dikritik Mahu Namakan...

TOKYO — Pihak pengurusan sebuah taman negara di Jepun terpaksa mempertimbangkan semula nama seekor...

Beri Masa Syarikat Baharu Bersaing Dengan Astro – Eddie Syazlee

KUALA LUMPUR – Syarikat-syarikat baharu yang diberikan Lesen Individu Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kandungan (CASP) memerlukan masa untuk meyakinkan pembekal kandungan televisyen sebelum boleh beroperasi dengan baik dan bersaing sepenuhnya dengan Astro.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Eddin Syazlee Shith berkata situasi yang sama ini pernah dilalui Astro sewaktu awal penubuhannya kira-kira 20 tahun lalu sebelum berjaya mencipta nama dan beroperasi sehingga kini.

“Masalah syarikat baharu adalah untuk mendapatkan hak kerana pembekal kandungan mahukan syarikat ini menyakinkan mereka sebelum boleh jual kandungan. Ini adalah kekangan untuk bersaing. Jika syarikat mula perniagaan pada dua hingga tiga bulan lepas, itu sudah kebiasaan.

“Astro mula beroperasi pada 1997. Namun secara penuhnya mula operasi pada 1999. Walaupun telah diberikan hak pada 20 tahun lepas, namun mereka cuma berjaya dapat pulangan selepas 15 hingga 16 tahun beroperasi,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) yang ingin tahu bagaimana kerajaan menghapuskan monopoli Astro selama 20 tahun dan bagaimana syarikat-syarikat baharu yang diberikan lesen boleh bersaing.

Eddin Syazlee berkata jika syarikat-syarikat baharu itu diberikan masa secukupnya dan mampu mendapatkan kandungan bersesuaian, persaingan sihat pasti akan dapat dilihat pengguna seterusnya membantu untuk membuat pilihan.

Mohd Shahar dalam soalan asalnya meminta kementerian menyatakan inisiatif yang akan diberikan kepada syarikat-syarikat penyiaran untuk membantu mereka memperoleh lesen CASP dan hak penyiaran bagi menandingi monopoli syarikat penyiaran besar sedia ada agar rakyat mempunyai lebih banyak pilihan.


Eddin Syazlee berkata mana-mana pihak yang berhasrat untuk memberikan perkhidmatan penyiaran boleh mengemukakan permohonan lesen CASP kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi tujuan penilaian dan syor kepada menteri berdasarkan kriteria-kriteria yang ditetapkan.

Beliau sebelum ini dilaporkan berkata, sehingga 30 Sept lepas, sebanyak 35 syarikat diberi lesen CASP oleh SKMM untuk menawarkan perkhidmatan penyiaran TV melalui pelbagai platform seperti satelit, penyiaran bebas ke udara, protokol Internet dan penyiaran televisyen terrestrial digital.

Daripada senarai tersebut, empat syarikat telah dibenarkan memberi perkhidmatan penyiaran televisyen melalui platform satelit. – BERNAMA

Kategori