Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

2 Lelaki Didakwa Subahat,...

JOHOR BAHRU - Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini...

Isu Judi: Beberapa OCPD...

KUALA LUMPUR - Beberapa Ketua Polis Daerah diarah bertukar serta merta berikutan kegagalan...

Kit Ujian Kendiri COVID-19...

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menetapkan harga...

Cerita Kahwin Anak VVIP...

PELAKON Nadia Brian menafikan dakwaan yang dia bakal berkahwin dengan seorang anak VVIP...

Beri Peluang Pekerja Libat Diri Berbasikal

PUTRAJAYA – Sebanyak 73 peratus daripada golongan pekerja di Malaysia mengalami masalah berat badan berlebihan, 62 peratus mempunyai tahap kolestrol yang tinggi manakala 27 peratus menghidap darah tinggi.

Statistik berkenaan diperolehi hasil pemeriksaan kesihatan ke atas 539,917 pekerja yang menjalani Program Saringan Kesihatan (HSP) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dari 2013 hingga tahun ini.

Justeru, Menteri Sumber Manusia, M.Kulasegaran menggalakkan golongan majikan di negara ini supaya memberi peluang kepada para pekerja masing-masing untuk melibatkan diri dalam aktiviti berbasikal.

“Kajian mendapati aktiviti berbasikal membawa banyak manfaat untuk kesihatan fizikal dan mental. Ia juga aktiviti yang boleh dilakukan seisi keluarga,” katanya kepada pemberita selepas melepaskan 100 peserta acara berbasikal Kementerian Sumber Manusia sejauh lima kilometer di perkarangan kementerian itu di sini hari ini.​​​​​​​

Beliau berkata Kementerian Sumber Manusia sedang giat menggalakkan majikan menganjurkan program kesihatan dan kecergasan untuk golongan pekerja demi meningkatkan kualiti hidup pekerja, indeks kesejahteraan dan produktiviti negara.

“Oleh itu para majikan terutamanya pengurus besar dan pengarah urusan perlu mengetuai program berbasikal di organisasi masing-masing,” katanya lagi. – BERNAMA

Kategori