Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

PPSB Akan Perbesar Terminal...

GEORGE TOWN - Penang Port Sdn Bhd (PPSB) merancang memperbesar Terminal Kapal...

PAS Berjaya Bentuk Kerajaan...

PUTRAJAYA : PAS berjaya memperoleh majoriti melebihi 50 peratus di Terengganu dan Kelantan...

Majlis Kahwin Yahudi Rai...

BAITULMAQDIS – Pihak berkuasa Israel sedang menyiasat satu rakaman video yang menunjukkan sekumpulan...

PDRM Cadang Adakan Semula...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencadangkan satu inkues diadakan semula berhubung...

Berpuluh Ekor Kura-Kura Berjemur Di Atas Belakang Badak Air

TAMAN NEGARA KRUGER, Afrika Selatan – Seorang pelancong berjaya meragam gelagat berpuluh-puluh ekor kura-kura berjemur di atas badan seekor badak air di sebatang sungai di sini baru-baru ini.

Simon Smith, 35, dari Durban, Afrika Selatan percaya kumpulan kura-kura itu mulanya hanya mahu berjemur tetapi kemudian menjadi pembonceng apabila badak air tersebut mula bergerak.

“Saya rasa apa yang membuatkan pemandangan itu unik adalah bilangan kura-kura yang memanjat ke atas belakang badak air tersebut,” kata Smith.

Dua spesies itu kebiasaannya tidak mempunyai hubungan simbiosis.

Ini bermakna badak air itu tidak mengendahkan kehadiran kura-kura berkenaan malah tidak kisah menjadi tapak berjemur untuk jiran kecilnya.

Kura-kura kebiasaannya naik berjemur di atas permukaan batu atau kayu tetapi disebabkan kawasan berkenaan tidak mempunyai tapak keras untuk berpaut, belakang badak air itu menjadi pilihan terbaik reptilia tersebut. – Agensi/Kosmo Online

Kategori