Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Polis Teruskan Siasat Ahli...

KANGAR - Polis negeri ini mengesahkan menyiasat seorang Ahli Parlimen kerana disyaki mencabul...

GRS Sertai Kerajaan Perpaduan...

PUTRAJAYA : Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengesahkan bahawa blok parti itu menyertai secara...

Hospital Rembau Dinaik Taraf...

REMBAU: Hospital Rembau (HR) dinaik taraf sebagai Hospital Pakar Minor bagi mengimbangi kesesakan...

Tiada Pembelian Panik Menjelang...

IPOH - Pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan bermula esok tidak...

Bersatu Diminta Lebarkan Sayap Ke Sabah

KOTA KINABALU – Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) hari ini meluluskan usul khas untuk Parti Pribumi Malaysia Bersatu (Bersatu) melebarkan sayap ke Sabah.

Usul khas itu dikemukakan oleh Ketua Pemuda Harapan Rakyat Penampang, Joubit Yasin dan disokong sebulat suara oleh perwakilan pada persidangan agung tahunan parti itu di sini.

Joubit berkata usul khas itu dibentangkan berdasarkan perjuangan memartabatkan amalan demokrasi di negara ini, selain ia juga sejajar dengan kedudukan Sabah sebagai rakan kepada Semenanjung ketika pembentukan Malaysia seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Menurutnya, usul itu dibentangkan supaya Bersatu melebarkan sayapnya ke Sabah seperti apa dilakukan oleh parti komponen Pakatan Harapan (PH) iaitu PKR, DAP dan Amanah.

Beliau berkata sudah tiba masanya Bersatu sama-sama berjuang untuk meningkatkan pembangunan dan kemajuan negara, justeru adalah wajar memberi peluang kepada rakyat Sabah menjadikan sebahagian daripada parti itu.

Terdahulu, presidennya, Datuk Seri Lajim Ukin, berkata kemasukan Bersatu ke Sabah dilihat mampu menjadi nilai tambah dalam melonjakkan lagi kekuatan kepada pimpinan yang ada di negeri itu.

”Justeru, tidak perlu ada kebimbangan tentang soal sama ada Bersatu masuk ke Sabah sebagainya. Kita tidak akan bertanding sesama sendiri dalam pilihan raya akan datang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Agung Perwakilan Harapan Rakyat kali kedua itu.


Beliau menegaskan tiada siapa boleh menghalang Bersatu untuk melebarkan sayapnya ke Sabah kerana ia adalah amalan demokrasi.

Mengulas lanjut, Lajim berkata, siapa peneraju Bersatu di Sabah bukan menjadi perkara utama kerana apa lebih penting adalah matlamat parti itu untuk menyatupadukan rakyat Sabah dan seterusnya membawa lebih banyak pembangunan ke negeri ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, Harapan Rakyat Sabah juga mengambil pendekatan untuk mesra PH dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, selain akan menumpukan kerjasama dengan gabungan itu demi kepentingan rakyat negeri ini. – BERNAMA

Kategori