Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pak Majid Kian Hampir...

KEMAMAN - Peminat fanatik pasukan Tok Gajah yang menunaikan nazarnya mengelilingi Semenanjung Malaysia...

Penyanyi Era 80-an, Elias...

PENYANYI era 80-an, Elias Shah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Seri Manjong, Perak kira-kira...

Isteri Mangsa Tragedi Rempuhan...

ALOR SETAR - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) hari ini menyerahkan bantuan kepada isteri...

Treler Infinity War Tak...

FILEM terbaharu terbitan Marvel Studios, The Avengers: Infinity War yang bakal ditayangkan tidak...

Bimbang Protes Ikutan, Mesir Haramkan Jualan Ves Kuning

PIHAK berkuasa Mesir secara senyap-senyap telah mengambil langkah menyekat penjualan ves kuning, jaket kuning pemantul cahaya yang kini menjadi simbol protes antikerajaan di Perancis.

Pihak berkuasa negara itu berkata pada Isnin yang mereka bimbang ada pihak akan meniru protes di Perancis, menjelang ulangtahun protes tahun 2011 yang membawa kepada kejatuhan Hosni Mubarak bulan depan.

Pihak penjual peralatan keselamatan industri telah diberi arahan tidak menjual ves kuning kepada pembeli persendirian dan menghadkan jualan pukal kepada syarikat yang disahkan.

Pembelian oleh syarikat ini pula memerlukan kelulusan pihak polis. Mereka yang ingkar diberitahu akan dihukum, kata sumber.

Enam penjual barangan keselamatan industri di bandar Kaherah berkata mereka tidak lagi menjual ves kuning. Dua penjual tidak memberikan sebab tetapi empat lagi mengaku mereka diberitahu oleh polis.

“Pihak berkuasa tidak mahu sesiapa meniru apa yang berlaku di Perancis,” kata seorang penjual.

“Pihak polis datang beberapa hari lepas dan beritahu supaya hentikan jualan ves kuning. Bila kami tanya kenapa, mereka kata mereka ikut arahan,” kata seorang penjual lain.

Kedua-dua mereka enggan mendedahkan nama kerana bimbang tindakan pihak berkuasa.


Menurut pegawai keselamatan, larangan ini akan berkuatkuasa hingga akhir Januari.

Mereka berkata, pengimport dan pemborong barangan keselamatan industri dikerah ke mesyuarat dengan pegawai kanan polis di Kaherah minggu ini untuk diberitahu tentang arahan ini.

Perkembangan ini menunjukkan sikap tegas kerajaan Mesir terhadap protes, yang sejak dua tahun lalu mengambil pelbagai langkah untuk menyekat sebarang bentuk protes.

Kerajaan dilihat bimbang dengan kemungkinan protes baharu tahun depan, mengulangi protes pada 2011 yang bermula pada 25 Januari dan akhirnya menumbangkan kerajaan Presiden Hosni Mubarak.

Media Mesir menumpukan pada huru-hara dan kerosakan harta benda yang berlaku di Paris untuk menunjukkan kesan buruk protes. – AP.

Kategori