Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Najib Tiba Di Jeddah...

JEDDAH - Datuk Seri Najib Tun Razak kini berada di Jeddah untuk memulakan...

Papan Tanda Paling Mengelirukan...

HALIFAX - Papan tanda ini sememangnya mengelirukan pemandu. Ini kerana papan tanda di lebuh...

Hanya BN Mampu Jamin...

MARAN — Tidak ada pihak lain yang mampu menjamin masa depan Bumiputera dan...

PAS Mungkin Saingan Sengit...

KUBANG PASU - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Kubang Pasu, Datuk...

Bomba Perlu Prosedur Hadapi Rusuhan, Babitkan Pengawasan Polis

ALOR SETAR – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) perlu membentuk dan memperincikan prosedur atau garis panduan ketika berdepan tugasan membabitkan rusuhan bagi mengelakkan situasi sama menimpa Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, berulang.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Alor Setar, Mohd Aizuddin Ariffin, berkata prosedur itu termasuklah membabitkan pengawasan pihak polis semasa operasi menyelamat dijalankan.

“Pemergian Allahyarham disifatkan satu kehilangan besar buat negara berikutan beliau seorang anak muda yang berani dan harus dicontohi.

“Sudah tiba masanya, prosedur bagi berhadapan situasi rusuhan dibentuk atau diperincikan bagi mengelakkan risiko sama berulang, ” katanya, di sini.

Muhammad Adib yang parah dipukul ketika insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya bulan lalu disahkan meninggal dunia pada jam 9.41 malam, di Institut Jantung Negara (IJN), Isnin lalu.

Muhammad Adib dipindahkan ke IJN selepas mengalami kecederaan parah akibat diserang susulan insiden rusuhan di kuil berkenaan pada 27 November lalu.

Pada masa sama, Mohd Aizuddin berkata, kerajaan dicadang supaya mengkaji semula skim tangga gaji, elaun kritikal dan perlindungan peribadi anggota JBPM kerana tugasan mereka adalah mencabar serta melangkaui batasan kehidupan.


Sementara itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia, Datuk Suraya Yaacob, pula berkata kerajaan digesa untuk mengkaji semula cadangan pemansuhan hukuman mati di negara ini bagi memastikan keadilan buat Muhammad Adib dengan mengheret pembunuhnya ke tali gantung.

Beliau berkata, pihaknya menggesa supaya pihak berkuasa segera mengheret segera penjenayah terbabit ke muka pengadilan kerana rakyat negara ini tidak akan tenang selagi keadilan bagi Muhammad Adib tidak ditegakkan.

“Entah ke mana perginya pihak yang selalu membuat kecoh membela penjenayah yang terbunuh? Namun apabila penjawat awam seperti polis, bomba dan tentera terkorban, tiada pula yang lantang membela malah disuruhnya bertenang, menerima takdir dan tidak emosi?

“Selagi keadilan tidak ditegakkan untuk Adib, selagi itulah kita tidak akan berputih mata, ” katanya. – BH ONLINE

Kategori