Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kesihatan MB Kelantan Bertambah...

KOTA BAHARU - Keadaan kesihatan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob bertambah baik...

Khairuddin Gagal Batalkan Notis...

PUTRAJAYA - Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu...

56 Mangsa Sindiket Pengemis...

SHAH ALAM - Polis Selangor telah menyelamatkan 56 mangsa eksploitasi sindiket pengemis dalam...

Amaran Angin Kencang &...

KUALA LUMPUR - Angin kencang dan laut bergelora yang berlaku di kawasan perairan...

Bomba Sabah Tubuh Unit Anjing Pengesan K9

TUARAN – Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Sabah hari ini secara rasmi menubuhkan Unit Anjing Pengesanan K9 bagi meningkatkan kecekapan agensi penyelamat itu dalam melaksanakan tugas mengesan, menyelamat dan penyiasatan kes.

Unit yang dilengkapi dengan enam ekor anjing pengesan spesies English Springer dan Labrador bernilai RM110,000 setiap seekor itu dibeli dari United Kingdom dengan dianggotai petugas terlatih memulakan operasinya hari ini.

Pelancaran unit yang berpusat di Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Tuaran itu disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Sabah Kamarulzaman Malik Abdullah.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis berkenaan, Kamarulzaman Malik berkata pada masa ini unit berkenaan akan fokus kepada tiga disiplin iaitu penyiasatan kebakaran, mencari dan menyelamat orang hilang dan mengesan mayat.

“Ini adalah unit terbaru dalam bomba Sabah. Hari ini merupakan hari pertama unit ini bertugas. Kami akan beri penugasan kepada unit ini apabila wujud kes kelak.

“Sebelum ini, bomba Sabah belum pernah menggunakan K9 dalam operasinya. Dengan adanya unit ini, tempoh operasi akan dapat disingkatkan kerana kemungkinan menemui mangsa hilang dan mengesan punca kebakaran adalah lebih cepat,” katanya.


Mengulas mengenai pemilihan Tuaran sebagai pusat unit itu, Kamarulzaman Malik berkata lokasi Tuaran adalah strategik bagi memudahkan penugasan unit itu bila diperlukan ke seluruh daerah di Sabah termasuk daerah utara seperti Kudat dan daerah selatan seperti Beaufort.

Menurutnya selain kemudahan penyimpanan anjing, unit berkenaan turut dilengkapi dengan sebuah kenderaan khas bernilai RM248,000 untuk memudahkan anjing itu dihantar ke lokasi bertugas.

Sementara itu, Kamarulzaman juga berkata pihaknya berbelanja kira-kira RM300 sehari untuk menampung kos makan dan makanan tambahan untuk keenam-enam ekor anjing berkenaan. – BERNAMA

Kategori