Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Salleh Arah MCMC Bertemu...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak...

Kendurian Dibatalkan, Ini Penjelasan...

SHAH ALAM - Susulan kecoh mengenai isu pembatalan kenduri makan durian besar-besaran, 'Kendurian...

Banjir: TNB Putuskan Bekalan...

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) bertindak memutuskan bekalan elektrik dengan segera...

JAKIM: “Sushi King Tidak...

Dua hari lalu, sepelusuk negara menjadi kecoh apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)...

Bomba Selamatkan Kanak-Kanak Leher Tersepit Di Celah Pagar

KUANTAN – Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun enam bulan mengalami detik cemas hampir setengah jam selepas lehernya tersepit di celah pagar keselamatan kanak-kanak di rumahnya di Taman Desa Bangau, Temerloh hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada ibu kanak-kanak berkenaan pada 9.05 pagi sebelum tiba di tempat kejadian 10 minit kemudian.

“Sebaik tiba di lokasi, seorang kanak-kanak perempuan didapati berada dalam keadaan meniarap dengan lehernya tersepit pada pagar keselamatan kanak-kanak di dalam rumah itu.

“Anggota bomba kemudian menggunakan pemotong besi dan berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam tempoh lima minit,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan. – BERNAMA

Kategori