Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Perjanjian China-AS Undang Risiko...

KUALA LUMPUR - Perjanjian perdagangan fasa pertama antara China dan Amerika Syarikat hari...

R2R Dedah Israel Tahan...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan kemanusiaan Rose2Rose (R2R) mendakwa seramai 22 wanita dan 163...

Polis Tahan 3 Suspek...

KOTA TINGGI - Polis menahan tiga lelaki, termasuk dua pelajar tingkatan dua, dipercayai...

Dewan Rakyat Benar Usul...

PARLIMEN | Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun membenarkan usul tergempar untuk membahaskan...

Bomba Terima 2 Helikopter Agusta AW189

PETALING JAYA – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) secara rasmi menerima dua helikopter Agusta AW189 bernilai RM210 juta daripada syarikat Agusta Westland Malaysia Sdn Bhd.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata perolehan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan helikopter milik bomba sembilan buah.

“Perolehan aset ini akan meningkatkan lagi khidmat bomba dalam operasi-operasi menyelamat di dalam serta luar negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pengoperasian helikopter AW189 di sini hari ini.

Helikopter berkeupayaan sederhana yang dilengkapi enjin berkembar itu mampu memuatkan sehingga 18 orang termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang.

Mengulas lanjut, Zuraida berkata kedua-dua aset itu akan ditempatkan di Pangkalan Udara JPBM Subang.

Katanya, pihak bomba turut menempatkan masing-masing sebuah helikopter AW189 di Miri, Sarawak dan Bertam, Pulau Pinang.


“Aset ini mempunyai kualiti tinggi. Sebagai contoh pihak bomba telah menggerakkan dua buah helikopter AW189 ini ke Palu, Indonesia bagi membantu mangsa yang terjejas akibat bencana gempa dan tsunami di negara itu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Zuraida berkata keadaan Muhammad Adib Mohd Kassim yang cedera parah dalam insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya, kini semakin stabil.

“Dia (Muhammad Adib) boleh berinteraksi tetapi tidak dibenarkan terlampau aktif,” katanya.

Dalam kejadian awal pagi 27 November lepas, Muhammad Adib dipercayai dipukul sekumpulan perusuh ketika terlibat dalam operasi memadam kebakaran kenderaan di hadapan kuil berkenaan. – BERNAMA

Kategori