Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Ditangkap Orang Awam Selepas...

JOHOR BAHRU - Seorang jurukimpal berputih mata apabila ditangkap orang awam ketika cuba...

Status Halal McDonald’s Sarawak...

KUCHING - Tindakan kerajaan Sarawak tidak membenarkan McDonald's Malaysia menyekat kemasukan kek 'ramuan...

Dakwaan Ditahan Israel: Pemilik...

KUALA LUMPUR - Wisma Putra menggesa individu serta pemilik akaun Instagram (IG) @iesya_toh...

Gangguan Seksual, Datuk Bandar...

TOKYO - Datuk Bandar Komae di barat Tokyo, Kunihiko Takahashi meletak jawatan pada...

Bomoh, Teman Lelaki Cederakan Seorang Wanita

KOTA BHARU – Seorang bomoh dan teman lelakinya hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah seorang wanita dengan menggunakan buluh dan kayu di Machang, 14 Dismber lalu.

Tertuduh, Siti Nurul Iman Abdullah, 29, dan Mohd Haziq Ab Hamid @ Fauzi, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama dengan seorang lagi yang masih belum dituduh telah dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Siti Normah Abdullah, 59, menggunakan sebatang buluh dan sebatang kayu sehingga menyebabkan kecederaan parah.

Pasangan itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah rumah tanpa nombor dalam daerah Machang kira-kira pukul 11 pagi pada 14 Dis lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan.


Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falenna Abu Bakar manakala hanya Mohd Haziq diwakili peguam Ahmad Farhan Abdul Halim.

Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM15,000 masing-masing terhadap kedua-dua tertuduh dan menetapkan 27 Jan depan sebagai tarikh sebutan semula kes. – BERNAMA

Kategori