Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Anggota Terlibat Rasuah Di...

KUALA LUMPUR - Polis telah mengenal pasti beberapa anggotanya disyaki terbabit dengan jenayah...

Lebih 6,000 Pokok Pisang...

KUALA BERANG - Kira-kira 6,400 pokok pisang milik seorang pekebun di Kampung Getang...

3 Beradik Ditemui Mati...

KUANTAN - Tiga beradik ditemui mati lemas dalam sebuah parit selepas keluar memancing...

VIDEO : Tangisan Jururawat...

Video ini amat menyentuh hati.Ia tentang seorang pesakit ebola yang dirakamkan berkata sesuatu dari...

CCRC Tampoi Bakal Jadi Pusat Rawatan Sakit Mental Penagih Dadah

JOHOR BAHRU – Pusat Penyembuhan, Rawatan dan Pemulihan (CCRC) Tampoi bakal dijadikan pusat rawatan penagih dadah yang menghidap penyakit mental, kata Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Datuk Seri Zulkifli Abdullah.

Beliau berkata ini ekoran kedudukan CCRC Tampoi yang terletak berdekatan dengan Hospital Permai yang mempunyai kepakaran dalam bidang psikiatri.

“Kita akan pusatkan (penagih dadah dengan masalah mental) di situ dari seluruh negara dan kita akan bina kepakaran (merawat pesakit psiakatri).

“Kita mempunyai hubungan baik dengan Kementerian Kesihatan dan akan terus bekerjasama menangani isu ini,” kata Zulkifli kepada wartawan selepas menghadiri Malam Apresiasi NGO dan Media AADK JOHOR 2018, di sini, malam tadi.

Beliau berkata masalah mental dalam kalangan penagih dadah di Malaysia berpunca dari penyalahgunaan dadah jenis sintetik dalam kuantiti banyak dan dalam jangka masa yang lama.

“Kita juga dapati penyalahagunaan dadah (dalam negara) lebih kepada dadah jenis sintetik.

“(Kesan pengambilan) dadah jenis ini lebih serius sekiranya diambil dalam jumlah banyak dan berterusan, boleh mengakibatkan orang itu sakit mental,” kata beliau.

Justeru, Zulkifli berkata AADK kini sedang memperhebatkan kempen pencegahan dadah dan akan memberikan fokus yang lebih kepada institusi kekeluargaan.


“Ini kerana 55 peratus penagih dadah di Malaysia kembali menggunakan dadah setelah menerima rawatan,” katanya.

Antara langkah yang akan diambil AADK termasuk melantik ketua kampung sebagai ketua Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) di kawasan masing-masing yang berperanan mengenal pasti keluarga yang cenderung untuk menyalahgunakan dadah.

“Jadi kita akan pergi terus ke keluarga itu untuk memberi kaunseling, nasihat dan sebagainya. Dengan itu, kita akan dapat data dan profil pesalah laku yang lebih baik dan dapat terus mengenal pasti kawasan yang terlibat,” katanya sambil menambah beliau berharap komuniti, ibu-bapa dan pihak sekolah dapat memberi perhatian khusus terhadap gejala dadah.

Di samping itu, AADK juga akan menggalakkan bekas penagih dadah yang telah keluar dari pusat rawatan untuk berhijrah ke kawasan baharu, katanya.

Zulkifli berkata ini akan memudahkan proses memulakan kehidupan baharu mereka tanpa stigma masyarakat.

Terdahulu, Zulkifli berkata terdapat 178 kawasan hitam dadah seluruh negara yang mana 23 daripadanya terletak di Johor. – BERNAMA

Kategori