Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Menarik… 12 Gambar Sayur...

MENARIK... Koleksi 12 keping gambar sayur-sayuran serta buah-buahan yang tumbuh dalam pelbagai jenis...

Hefny Enggan Masuk Campur...

PENGACARA, Hefny Sahad mengakui enggan campur tangan berhubung penahanan Uqasha Senrose yang disyaki...

Resepi Kuah Kacang Ayam...

BILA tibanya hari raya Aidilfitri, perkara paling dinanti-nantikan mestilah waktu untuk menikmati pelbagai...

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US hari ini berikutan kekurangan...

CEO FB Nafi Jual Data Pengguna Kepada Pihak Ke-3

SAN FRANCISCO – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Facebook, Mark Zuckerberg pada Rabu menafikan syarikatnya menjual data pengguna kepada pembangun aplikasi pihak ketiga, selepas seorang ahli parlimen Britain mendedahkan emel dalaman yang mendakwa ia meniagakan data privasi pengguna untuk tujuan pertumbuhan syarikat itu, lapor Xinhua.

“Kami tidak pernah menjual data sesiapapun, ” kata Zuckerberg ketika menjawab tuduhan Pengerusi Jawatankuasa Parlimen, Damian Collins yang turut mendedahkan deretan emel antara Facebook dengan syarikat teknologi lain mengenai bagaimana data pengguna dapat diakses menerusi sistem facebook.

Kira-kira 250 lembaran email dengan sesetengahnya ditanda amat sulit, membayangkan bagaimana eksekutif Facebook termasuk Zuckerberg membuat keputusan berhubung urusan berkaitan akses data, termasuk menyenaraikan sesetengah syarikat seperti Netflix dan Airbnb kerana menggunakan maklumat sulit pengguna.

Email itu adalah sebahagian daripada saman yang dikemukakan syarikat pemaju aplikasi Six4Three Amerika Syarikat (AS).

“Facebook menggunakan data orang untuk memudahkan rakan-rakan tertentu dan menghukum pesaingnya,” kata Collins dalam twitternya pada Rabu.

Facebook dalam kenyataan balasnya berkata “hanya dokumen tertentu sahaja mengenai perbincangan dalaman didedahkan, tidak semua.”

“Malangnya maklumat yang didedahkan itu tidak benar,” katanya.


Zuckerberg berkata pada 2014-2015 Facebook memperketatkan peraturan privasi kerana terdapat beberapa pembangun aplikasi menyalahgunakan data pengguna.

Ujar beliau, adalah lebih penting “mendedahkan apa yang Facebook lakukan termasuk penjelasan berkaitan maklumat dalaman itu, jangan berikan gambaran salah mengenai tindakan dan motif syarikat.

Kebelakangan ini Facebook mendapat perhatian banyak pihak, terutamanya selepas skandal data peribadi 87 juta pengguna di Amerika Syarikat dikongsi secara tidak wajar oleh syarikat perunding politik, Cambridge Analytica. – BERNAMA

Kategori