Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Arsene Wenger Kekal 2...

MASA depan bos Arsenal, Arsene Wenger hanya akan diketahui lewat Selasa selepas mesyuarat lembaga...

Wanita Hasilkan Mural Sebagai...

KALAU sudah jatuh cinta, segala-galanya indah. Sebab cinta, manusia sanggup buat apa sahaja....

Malaysia Faham Sensitiviti Bangsa...

RIYADH - Malaysia telah mendapat persetujuan daripada pihak Arab Saudi berhubung tarian zapin...

Mayat Lelaki Indonesia Dibuang...

KUALA KANGSAR: Mayat seorang lelaki warga Indonesia ditemukan dalam tangki najis di belakang...

Chandra Tekankan Kepentingan Tugas & Tanggungjawab Manusia

KUALA LUMPUR – Aktivis sosial dan penganalisis politik terkenal, Dr Chandra Muzaffar menekankan betapa pentingnya tugas dan tanggungjawab manusia dalam kehidupan masyarakat.

Presiden International Movement for a Just World (JUST) itu berkata kegagalan secara kolektif dalam menunaikan serta memenuhi ​​​​​​​tugas dan tanggungjawab tersebut membawa kerosakan terhadap tamadun manusia sekali gus boleh menjerumus manusia ke ambang malapetaka.

Beliau berkata masalah alam sekitar dan rasuah adalah contoh terhadap kurangnya rasa tanggungjawab itu yang membawa ke arah permasalahan tersebut.

“Sekiranya generasi masa kini berhadapan dengan krisis alam sekitar yang besar disebabkan perubahan iklim, ia sebahagiannya kerana kita manusia tidak menunaikan tanggungjawab kita untuk melindungi planet ini.

“Begitu juga, jika rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam kalangan golongan elit semakin menjadi-jadi sekarang berbanding sebelum ini, ini kerana sesetengah mereka tidak mempunyai rasa tanggungjawab kepada kelompok dipimpin, dimanifestasikan melalui mudahnya mereka ​​​​​​​menginjak-injaknya atas etika kejujuran dan akauntabiliti,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Chandra Muzaffar juga menegaskan bahawa kebencian dan ketaksuban yang menyasarkan agama dan budaya ‘lain’ telah mendapat lebih banyak perhatian dalam beberapa tahun kebelakangan ini atas pelbagai sebab.

Antaranya, kata beliau, kurangnya rasa hormat sesama manusia yang bukan sebahagian daripada kaum mereka sendiri, ketidakupayaan untuk memahaminya, pada masa kini, masyarakat mempunyai kewajipan untuk menghargai malah menerima perbezaan etnik.


Beliau berkata keluarga, proses pendidikan, aktiviti sosial dan kebudayaan serta media berperanan untuk menanamkan rasa tanggungjawab mendalam terhadap manusia.

“Pemimpin politik dan golongan elit lain juga harus menunjukkan melalui tugas dan komitmen mereka ‘melayani yang lain’ berbanding kepentingan diri mereka sendiri. Ini akan memberikan teladan baik kepada masyarakat,” kata Chandra Muzaffar.

Agama juga mempunyai potensi bagi mengukuhkan rasa tanggungjawab dan komitmen terhadap tanggungjawab kepada individu dan masyarakat jika ia beralih daripada obsesi masa kini dalam bentuk dan identitinya, kata beliau.

Beliau berkata selama beberapa dekad, terdapat usaha untuk mengintegrasikan tugas serta tanggungjawab itu, dan paling ketara ialah Deklarasi Sejagat mengenai Tugas dan Tanggungjawab Manusia yang diisytiharkan di Valencia pada 1998 sempena ulang tahun ke-50 Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia. – BERNAMA

Kategori