Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

FAS Tamatkan Serta-Merta Kontrak...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengambil keputusan drastik menamatkan serta-merta...

Impian Malaysia Miliki Pasukan...

IMPIAN Malaysia untuk memiliki pasukan MotoGP sendiri akhirnya menjadi kenyataan tahun ini. Sebelum ini...

Tiada Bukti PAS Terima...

PUTRAJAYA - Lain diharap, lain pula yang berlaku. Mungkin itulah gambaran paling sesuai...

Syor Indonesia Wujud Undang-Undang...

JAKARTA - Malaysia mencadangkan kepada Indonesia agar mempunyai undang-undang antikeganasan sama seperti Malaysia...

Chong Wei Percaya Kemampuan Harimau Malaya Muncul Juara

PUTRAJAYA – Jaguh perseorangan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei berharap skuad Harimau Malaya mampu mencipta kejayaan muncul juara Piala AFF Suzuki 2018.

Pemain berusia 36 tahun yang telah mengecapi banyak kejayaan gemilang di pentas antarabangsa berkata sebagai rakyat Malaysia beliau mahu skuad kendalian Tan Cheng Hoe mengulangi pencapaian muncul juara pada edisi 2010.

Beliau turut mengakui mengikuti rapat perkembangan skuad Harimau Malaya dan sering menonton perlawanan sejak dari saingan peringkat kumpulan.

“Sebagai rakyat Malaysia, kita semua memang mahu lihat Harimau Malaya menang. Begitu juga dengan saya.

“Saya selalu menonton perlawanan mereka (Harimau Malaya) di rumah. Bermula dari peringkat kumpulan sehingga perlawanan separuh akhir menentang Thailand,” katanya kepada pemberita selepas menandatangani kontrak bersama 100Plus di sini, hari ini.


Beliau juga berhasrat untuk turun ke Stadium Nasional Bukit Jalil menyaksikan perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 di antara Malaysia dan Vietnam, Selasa ini.

“Saya harap saya dapat peluang untuk saksikan perlawanan akhir itu nanti,” tambah beliau. – BERNAMA

Kategori