Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Stesen Jana Kuasa Tenaga...

BERA - Syarikat pembekalan tenaga boleh diperbaharui, Agni Power Sdn Bhd (Agni Power),...

Airbus Bayar Pampasan Kepada...

RIO DE JANEIRO - Pengeluar pesawat Airbus, diperintahkan membayar sejumlah 30 juta rega...

Biro Siasatan Pusat India...

NEW DELHI - Biro Penyiasatan Pusat India (CBI) memanggil Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia...

Vincent Tan Ucap Terima...

PEMILIK Cardiff City, Tan Sri Vincent Tan mendedahkan bahawa sokongan Sultan Johor berjaya...

Citilink Indonesia Sasar Faktor Muatan 75% Bagi Laluan Banyuwangi-KL

SEPANG – Citilink Indonesia, syarikat penerbangan tambang rendah (LCC) yang utama, menyasarkan faktor muatan sehingga 75 peratus bagi laluan Banyuwangi-Kuala Lumpur-Banyuwangi dalam tempoh enam bulan akan datang.

Presiden Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Juliandra Nurtjahjo berkata syarikat penerbangan itu berharap untuk menambah faktor muatan tempat duduk dengan cepat dan menyasarkan untuk meningkatkannya kepada antara 80 dan 90 peratus pada masa akan datang.

“Laluan (BWX-KUL) ini merupakan antara strategi kami untuk mengukuhkan kedudukan kami dalam laluan antarabangsa, terutamanya di rantau ini,” katanya kepada pemberita Malaysia selepas menyambut ketibaan penerbangan sulung Citilink dari Banyuwangi di sini hari ini.

Ketibaan pesawat Airbus 320, dengan kira-kira 100 penumpang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Banyuwangi, Jawa Timur, disambut dengan semburan air semasa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.10 tengah hari.

Ia disambut oleh Menteri Pelancongan Indonesia Arief Yahya, serta wakil daripada Citilink Indonesia dan Malaysia Airports Holdings Bhd.

Citilink, anak syarikat PT Garuda Indonesia, akan mengendalikan laluan Banyuwangi-Kuala Lumpur-Banyuwangi tiga kali seminggu.

Syarikat penerbangan itu merupakan syarikat penerbangan penumpang ke-60 beroperasi di terminal utama KLIA, menyertai LCC lain seperti Indonesia AirAsia, Lion Air dan Batik Air.


Selain Banyuwangi, Citilink akan turut melancarkan laluan Jakarta-Pulau Pinang, yang menunjukkan faktor muatan yang baik sehingga 80 peratus, selain, Surabaya ke dan dari Pulau Pinang.

Mengulas mengenai sama ada Citilink merancang untuk menambah lapangan terbang Malaysia yang lain dalam senarainya, katanya: “Tidak, buat masa ini kerana tumpuan kami ialah Kuala Lumpur-Pulau Pinang.”

Sementara itu, Arief berharap laluan baharu itu akan mengukuhkan hubungan Indonesia-Malaysia dan meningkatkan pergerakan penumpang antara kedua-dua negara yang dijangka mencecah 2.7 juta pada tahun ini dan meningkat kepada 3.0 juta pada 2019.

Beliau berkata Banyuwangi adalah destinasi pelancongan yang terkenal di Indonesia, mencatatkan ketibaan pelancong antarabangsa lebih 100,000 dan pelancong domestik kira-kira dua juta, jumlah yang besar bagi bandar kecil seperti Banyuwangi. – BERNAMA

Kategori