Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Facebook Guna Antaramuka Baharu...

PENGGUNA media sosial pastinya telah merasai perubahan laman sosial Facebook Pages apabila rekaan...

Melayu Di KL Berhadapan...

KUALA LUMPUR - Jurang ekonomi antara Melayu dan bukan Melayu di Wilayah Persekutuan...

Dulu Jakim, Kini JPN...

JABATAN Pendaftaran Negara (JPN) memaklumkan bakal mengambil tindakan lanjut berhubung aduan yang dikemukakan...

Warga Emas Ditemui Lemas...

KANGAR - Seorang wanita warga emas ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam sungai...

Curi Duit Syiling RM50, Penganggur Dipenjara 14 Hari

PETALING JAYA – Seorang penganggur dihukum penjara 14 hari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana mencuri duit syiling berjumlah RM50 di sebuah restoran, minggu lepas.

Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir menjatuhkan hukuman itu terhadap R. C. S. Nantha Gopalan, 31, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri duit syiling milik Liaw Kok Eon, 54, dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula hari ini.

Tertuduh melakukan kesalahan itu di Restoran Do Re Mi, Dataran Ara Damansara, Jalan PJU 1A/20, di sini, pada 7.30 pagi, 21 Dis lalu mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Faraheen Yahya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran terhadap tertuduh bagaimanapun, lelaki itu yang menangis teresak-esak merayu hukuman ringan atas alasan ketika kejadian dia berada dalam keadaan separa sedar kerana mabuk.

“Saya ada tiga orang anak yang perlu ditanggung dan seorang lagi yang akan mula bersekolah minggu hadapan,” kata lelaki itu yang tidak diwakili peguam.


Di mahkamah sama, seorang mekanik, Andrizal Yurinas, 32, dan penjual burger, Mohamad Paisai Hossain Miajee, 25, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersama-sama tiga orang yang masih bebas didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap rakan mereka, Mohd Sabri Ismail, 32, dengan memukul mangsa di kepala menggunakan kayu dan rotan.

Mereka dituduh melakukan perbuatan itu di kawasan Pinggiran Putra berhampiran kedai serbaneka pada 4 petang, 14 Dis lalu mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Nurul Faraheen menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh bagaimanapun mereka yang diwakili peguam Yusri Yusoff memohon jaminan rendah dan mahkamah membenarkan mereka diikat jamin masing-masing RM3,500 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tidak boleh mendekati mangsa dan menetapkan 20 Jan untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Kategori