Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Tunggu Laporan Pencerobohan...

PUTRAJAYA - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata beliau sedang menunggu...

Bersih 4.0: 500 Anggota...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 500 anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengawal...

Luahan Sayu Isteri Lelaki...

BEBERAPA hari lalu, seorang lelaki maut selepas dibelasah teruk penduduk kampung kerana disyaki...

Pelajar Kolej Swasta Rentung...

KUALA LUMPUR - Seorang pelajar kolej swasta rentung apabila kereta dipandunya terbabas dan...

Dakwaan Ruang Udara Negara Diceroboh Tidak Benar

KUALA LUMPUR – Dakwaan kononnya terdapat sebuah helikopter dan dron dari negara jiran yang menceroboh ruang udara negara di Johor adalah tidak benar.

Timbalan Menteri Pertahanan Senator Liew Chin Tong berkata Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jeneral Tan Sri Affendi Buang mengesahkan perkara tersebut.

“Ya, saya nafikan (dakwaan terdapat) helikopter yang menceroboh ruang udara dan taklimat juga telah diberi oleh Panglima TUDM (berhubung dakwaan ini),” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Diploma Kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia Siri 47/2018 di Wisma Perwira di sini, hari ini.

Semalam, sebuah media tempatan melaporkan terdapat helikopter dan dron menceroboh ruang udara negara dipercayai untuk mengganggu pergerakan kapal-kapal milik agensi negara.

Rakaman berdurasi dua minit 16 saat itu memaparkan sebuah helikopter dan dron didakwa berada di ruang udara negara tular di laman sosial.

Sementara itu, ditanya mengenai perkembangan siasatan Jawatankuasa khas Parlimen berhubung Op Yaman 2, Liew berkata hasil siasatan dijangka dibentangkan di Parlimen tahun hadapan.


“Buat masa ini, siasatan masih lagi dijalankan dan hasilnya akan diberi terus ke Parlimen,” katanya.

Pada 6 Dis lepas, beliau dilaporkan berkata Jawatankuasa khas Parlimen untuk Pertahanan dan Hal Ehwal Dalam Negeri akan ditubuhkan bagi menyiasat berkaitan Op Yaman 2.

Menurut Liew, siasatan akan menumpukan sama ada atur gerak prosedur operasi standard (SOP) dan aset ke Arab Saudi dalam Op Yaman 2 mematuhi prosedur dan dalam sistem yang betul.

Pada majlis itu, seramai 164 graduan dari dalam dan luar negara menamatkan Kursus Pemerintahan yang dijalankan selama 49 minggu bermula 9 Januari lepas. – BERNAMA

Kategori