Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

MAHA 2014 Catat Hasil...

PETALING JAYA - Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2014 mencatat...

WIFI Percuma Kepada Pengguna...

Perkhidmatan Keretapi Elektrik (ETS) di antara Kuala Lumpur dan Padang Besar mendapat sambutan...

Terengganu Tawar Pelupusan Percuma...

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu bersedia membantu pihak berkuasa agama Pulau Pinang melupuskan...

Janet Jackson Bercerai Selepas...

LONDON - Bintang terkenal Amerika Syarikat (AS), Janet Jackson, kakak penyanyi terkenal dunia,...

Dasar Keselamatan Siber Negara Tahun Depan – Gobind Singh

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) akan memperkenalkan Dasar Keselamatan Siber Negara pada suku pertama tahun depan bagi mengekang serangan siber, kata Menterinya Gobind Singh Deo.

Beliau menjelaskan dasar itu adalah bagi mengekang serangan siber dari dalam dan luar negara termasuk mengawal maklumat peribadi pengguna internet.

“Dasar itu sedang dirangka oleh kementerian dan kita jangkakan ia diumumkan pada Mac tahun depan.

“Dasar ini akan menyokong pertumbuhan keselamatan siber kita yang merangkumi tindak balas insiden keselamatan siber yang dipertingkatkan dan forensik digital dengan keupayaan analisis data,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Seminar Pembangunan Strategi Keselamatan Siber Negara, hari ini.

Menteri itu berkata dasar berkenaan akan diterajui KKMM dan agensi di bawah kementerian itu, selain bekerjasama beberapa kementerian lain seperti Kementerian Dalam Negeri.

Gobind Singh turut memaklumkan kementeriannya sedang dalam perbincangan bersama beberapa kementerian lain untuk meminda atau memperkenalkan undang-undang baharu berkaitan jenayah siber dan buli siber.

Dalam perkembangan lain, mengulas berhubung keputusan Kabinet menarik semula moratorium ke atas beberapa akta yang sedang dikaji, beliau berkata keputusan itu dibuat berdasarkan tiga keadaan atau faktor keselamatan.


“Moratorium itu akan ditarik balik bagi akta berkenaan untuk tiga keadaan iaitu sesuatu kesalahan yang melibatkan keselamatan negara, keselamatan awam dan hal berkaitan perkauman.

“Pemakaian akta-akta ini setakat tiga perkara ini, diteruskan buat masa sekarang tetapi cadangan untuk pinda masih dalam proses dan akan diumumkan kemudian apabila kerajaan siapkan rangka baharu seperti yang dicadangkan,” katanya.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kabinet bersetuju menarik semula moratorium ke atas Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012, Akta Pencegahan Keganasan (POTA), Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) dan Akta Hasutan susulan insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman, USJ25 Subang Jaya pada 26 Nov lepas.

Sementara itu ditanya berhubung dakwaan mengenai kejadian gangguan seksual di stesen radio berbahasa Inggeris BFM 89.9, Gobind Singh menjawab ringkas : “Saya akan meminta BFM untuk memberi penjelasan dan laporan berhubung isu ini.” – BERNAMA

Kategori